KENALI BAKA KAMBING

KENALI BAKA KAMBING
KAMBING KATJANG - Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.

BEBIRI TENUSU - CHIOS

BEBIRI TENUSU - CHIOS
Biri-Biri Chios berasal dari Chios, di kepulauan Greek dan diimport ke Cyprus pada 1949. Ia digunakan sebagai gerompok tulen untuk meningkatkan kebakaan biri-biri tempatan. Tidak dinafikan, Chios sangat sesuai untuk sistem pengeluaran intensif kerana sifat-sifat istimewanya yang matang awal, cepat membiak tanpa mengikut musim, serta banyak mengeluarkan susu. Berat badan pejantan lebih kurang 80 kg, induk betina 65 kg, dengan ekor tidak gemuk dan biasanya berbentuk kon.

KAMBING TENUSU - SAANEN

KAMBING TENUSU - SAANEN
SAANEN. Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.

BAKA JAMNAPARI

BAKA JAMNAPARI
JAMNAPARI. Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.

BAKA ANGLO NUBIAN

BAKA ANGLO NUBIAN
ANGLO NUBIAN. Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

KENALI BAKA BEBIRI

KENALI BAKA BEBIRI
BEBIRI DORPER. Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian.

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)
LADANG INFOTERNAK

WAKIL JUALAN KAMBING AKIKAH

PERAK DARUL RIDZUAN

SMS KAMI @ 012-6735106 DAN AKAN KAMI MAKLUMKAN WAKIL JUALAN AKIKAH TERDEKAT UNTUK SAUDARA SAUDARI


PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN

PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
Daftar MOF, Taraf Bumiputera, Tambah Bidang dan Mohon Kad Pintar. Hubungi Adi 012-6735106

Isnin, 22 Disember 2008

JAMNAPARI UNTUK DIJUAL



Ada member teman minta tolong jualkan jamnapari dia. Dia nak tutup kandang n pindah tempat baru. Pasal tempat sekarang ni ada perancangan pembangunan. Kandang si Jeff nie kat Kelang. Jadi sesiapa nak tengok atau beli habaq yea...

Sabtu, 20 Disember 2008

MAKANAN LENGKAP KAMBING RM36 = 40 KILO


Assalamu'alaikum :) Kat cni nak bagi tahu yang teman ada jual Makanan Lengkap Kambing (MLK). Makanan ternakan ini dengan formulasi Saintifik dan berteknologi dan hasil nutrien lengkap dan bermutu serta diperkaya dengan protein, tenaga, vitamin, asid amino, probiotik dan bahan galian mineral yang optimum dengan keperluan sebenar ternakan ruminan untuk penghasilan Mas Merah (Daging) dan Mas Putih (Susu).

Makanan ini yang dirumuskan untuk kambing boleh menambah tumbesaran dan berat badan sehingga 150 gram sehari. Ini bermakna kita boleh hasilkan kambing denganberat 30kg untuk tempoh 6 bulan berbanding kaedah tradisional yang perlukan 18 bulan untuk cecah 30kg.

Jadi apa tunggu lagi beli pek percubaan dan tengok berselera tak pak kambing makan :)
Cuma perlu diingatkan kalau dah biasa bagi PKC, campur2kan dulu jangan terus bagi je kang terkejut biawak lak kambing tu bole jadi stress..alih2 pas tu kita pulak yang stress :)

Coll atau sms atau emel teman yea :)

Ahad, 7 Disember 2008

ANAK KAMBING BOER DAN JAMNAPARI...

Ada lebih kurang 9 ekor lagi anak kambing Boer dan jamna untuk dijual. Yang lain sume orang dah beli. Orang ler... ) . Umur depa dalam 4-6 bulan. Berat adalah dalam 10-18kg. Kalau korang berminat col aku yea...

Sabtu, 6 Disember 2008

ADA PELANGGAN AKIKAH HARI NIE...

Hari je kena layan 3 orang yang nak datang pilih kambing. Alhamdulillah :). Sat tadi brother dari Ipoh minta amikkan permit pasal dia nak bawa kambing hidup ke Ipoh. No prob pasal tu bro.. Biasalah time cuti n nak raya nie.. Apapun Selamat Hari Raya Aidil Adha :)

Jumaat, 5 Disember 2008

JUALAN BORONG INDUK BOER CROSS F1 RM700

Jualan Borong induk Boer Cross F1. RM700.00 seekor. Pembelian minima 5 ekor. Umur 1 - 1 1/2 tahun. Berat 25-35kg. Kambing baru nak sampai n teman nak letgo kambing nie. Jadi jangan lepaskan peluang, murah bebbb...

Khamis, 4 Disember 2008

PANGGILAN DARI RAKAN LAMA...

Semalam tetiba ada member lama col. Dulu amik garam bukit dari dia. Tapi pas dah naik harga pasal bawah halalgel dah tak deal lagi... teman x ingatkan dia pasal no tipon lain. Dia nak Feral dalam 12 ekor, tapi nak pakai kat Selangor. Jadi teman pun dah refer la dia kat cawangan selangor punya kandang. Harga tetap sama, lebih 5 ekor je RM460.00. Tu pasal dia beriya nak sangat :). ok sambung nanti...

Isnin, 1 Disember 2008

HARGA BORONG KAMBING DAGING

SAUDARA/SAUDARI, Saya tawarkan harga kambing secara borong untuk penternak Perak dan mereka yang turut berminat. Sila lihat jadual di atas untuk keterangan harga. Hubungi saya untuk sebarang tempahan dan persoalan. 019-2236364

Sabtu, 29 November 2008

ALHAMDULILLAH...

Kelmarin ada penternak dari Bagan Datoh datang beli 5 ekor kambing. Tadi ada juga penternak datang dari Ipoh, dia bawa sepupu dia tengok ladang teman. Depa survey harga kambing. Last-last dia beli gak sekor wat akikah masa raya haji nie. Harga yang teman tawarkan memang kompetitif... dah banyak dah teman survey sebelum dapat set harga ini KHAS UNTUK PENTERNAK BUMIPUTERA...

Khamis, 27 November 2008

TAWARAN HEBAT. FERAL AKIKAH HANYA RM460 SAHAJA

TAWARAN HEBAT!!! Kambing Akikah Feral dari Australia. Hanya RM460.00 sahaja seekor. Minimum ORDER 5 ekor. HARGA BORONG!!! Berat 30-40 kg. Umur cukup 2 tahun. GARENTI!! Hubungi Mahadir 019-2236364.

Ahad, 23 November 2008

TAWARAN DAGING KAMBING SEGAR

Saudara Saudari, syarikat saya menawarkan daging segar kambing yang disembelih di Australia dan sampai di Malaysia keesokan harinya dengan harga RM22 sekilo. Berminat? Sila emel maklumat tuan di mahadir@mtz.com.my.

Butiran diperlukan :
1. Nama Individu/Syarikat
2. No telefon & HP
3. Alamat penghantaran
4. Kuantiti yang diperlukan (kg)

Terima kasih kerana melayari blog ini :)

Sabtu, 15 November 2008

PELUANG PELABURAN

Rakan-rakan yang mengikuti blog ini ditawarkan peluang pelaburan bagi mereka yang berminat untuk menternak tetapi tiada daya menjaga buat masa ini n tiada kandang. Saya tawarkan beberapa peluang pelaburan untuk berkecimpung dalam dunia kambing :)

Peluang Ternakan kambing jamnapari/anglo nubian/saanen. Beli masa umur 3-4 bulan dengan harga RM500.00 dan jual setahun dari sekarang pada saya ngan harga RM600.00. Pulangan 20%. Kos makan, minum, ubat dan pekerja, saya tanggung dalam tempoh tersebut.


PERJANJIAN SAH DISEDIAKAN DIANTARA PELABUR DAN PENTERNAK. Sila emel pertanyaan anda ke mahadir@mtz.com.my atau mtzventures@gmail.com.

Khamis, 13 November 2008

KAMBING FERAL AKIKAH TIBA LAGI

Tanggal 11 November lalu, tiba lagi kambing dari Australia. Kali ini kambing Feral. Kali ini juga pembekal baru yang hantar. Para penternak yang dah order berpuas hati kerana saiz kambing kali ini dalam 35-40 kg. campur-campur gak lah. Teman dah amik gambar tapi tak berkesempatan nak download ke PC. Tapi kat cni ada teman bagi harga kambing Feral untuk akikah bagi yang berminat. Hubungi 019-2236364.



Sabtu, 1 November 2008

ASSALAMU'ALAIKUM :)


Apa khabar semua yang melayari blog ini. Teman create satu lagi blog bagi bloggers kambing untuk kenal mengenal antara satu sama lain. Cam biasa lah nak tunggu web site baru berjanggut ngan mamat sufian nie. Member baru kahwin.. lambat sikit warm up wat koje lain :)


Baru-baru nie teman antar kambing ke Langkawi, ada rakan baru Azri Desa namanya, adik Aziz Desa yang selalu kuar TV3 ntue :). Dia pun wat gak kambing. Kami jadi kawan baik pas ari tue teman ke Langkawi bercuti n tak sangka lak jadi serius usaha dia ternak kambing. Sape-sape kat Langkawi leh ar col dia kat 012-4591885.