KENALI BAKA KAMBING

KENALI BAKA KAMBING
KAMBING KATJANG - Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.

BEBIRI TENUSU - CHIOS

BEBIRI TENUSU - CHIOS
Biri-Biri Chios berasal dari Chios, di kepulauan Greek dan diimport ke Cyprus pada 1949. Ia digunakan sebagai gerompok tulen untuk meningkatkan kebakaan biri-biri tempatan. Tidak dinafikan, Chios sangat sesuai untuk sistem pengeluaran intensif kerana sifat-sifat istimewanya yang matang awal, cepat membiak tanpa mengikut musim, serta banyak mengeluarkan susu. Berat badan pejantan lebih kurang 80 kg, induk betina 65 kg, dengan ekor tidak gemuk dan biasanya berbentuk kon.

KAMBING TENUSU - SAANEN

KAMBING TENUSU - SAANEN
SAANEN. Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.

BAKA JAMNAPARI

BAKA JAMNAPARI
JAMNAPARI. Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.

BAKA ANGLO NUBIAN

BAKA ANGLO NUBIAN
ANGLO NUBIAN. Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

KENALI BAKA BEBIRI

KENALI BAKA BEBIRI
BEBIRI DORPER. Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian.

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)
LADANG INFOTERNAK

WAKIL JUALAN KAMBING AKIKAH

PERAK DARUL RIDZUAN

SMS KAMI @ 012-6735106 DAN AKAN KAMI MAKLUMKAN WAKIL JUALAN AKIKAH TERDEKAT UNTUK SAUDARA SAUDARI


PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN

PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
Daftar MOF, Taraf Bumiputera, Tambah Bidang dan Mohon Kad Pintar. Hubungi Adi 012-6735106

Selasa, 1 Disember 2009

PEJANTAN SAANEN

Salam. Kami ada bawa masuk pejantan saanen. Harga berdasarkan kuantiti pesanan. Berminat? Tipon teman 019-2236364.

Sabtu, 7 November 2009

HARGA BORONG BARU EX-KLIA FERAL DAN BEBIRI



Salam.... kat atas nie adalah harga baru bagi kambing Feral dan bebiri Merino... EX-KLIA

Selasa, 20 Oktober 2009

BOER DAN BIRI-BIRI AKIKAH

Salam semua. Kini anda boleh dapatkan stok biri-biri akikah dan boer jantan.

Berat minimum 35kg. Harga di Animal Hotel RM480. Boleh bincang harga ikut kuantiti.

Shipmen hari Selasa @ Jumaat setiap minggu.

Tipon teman 019-2236364

Khamis, 15 Oktober 2009

PEJANTAN BOER F1/F2

Salam semua. Pejantan Boer F1/F2 untuk slaughter/baka/barbeque. Berat purata 30kg. Umur dalam 8 bulan ke 1.5 tahun.

Perlukan confirmation saudara/saudari yang berminat untuk bawa masuk dari Australia. Stok ada dalam 25 ekor. Harga RM480 sekor.

Jumaat, 25 September 2009

SALAM SYAWAL... FERAL TIBA LAGI...

Salam semua. Kambing Feral tiba lagi. Shipmen kami insyaAllah sekurang-kurangnya 3 KALI SETIAP MINGGU :)

HargaFeral di KLIA RM460.00 seekor (belian borong) - cukup umur. kita check kat ctu gak :) Berat 35kg ke atas.

Kambing potong Feral x cukup umur. Belian Borong RM380 seekor. Berat 25-33kg.

Hubungi saya untuk tempahan dan keterangan lanjut Adi@019-2236364.

Salam Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin...

Sabtu, 12 September 2009

BOER CROSS F1 SERENDAH RM600...

Salam. Ada 42 ekor boer F1 untuk jualan borong. Berat 25-35kg. Berminat hubungi 019-2236364.... tqsss...

Jumaat, 11 September 2009

KAMBING BOER JANTAN DAN BIRI2 MERIN0

Salam semua. InyaAllah last shipmen cebelum raya nie teman bawa masuk Biri2 Merino dan Kambing Boer Jantan F1.

Rege.... RM460 sekor Jantan Boer F1 (umur 1-2 tahun) Berat average 35kg

Rege Biri2 RM470 sekor , berat 35-45kg. Umur lebih 1 tahun

Payment Full upon booking :)

Isnin, 7 September 2009

KANDANG MINI PORTABLE....




Salam ... salam Nuzul Quran. Buat mereka yang nak wat kaedah cuba jaya atau suka2 baru mencuba untuk menternak ... kat cni teman ada watkan kandang mini portabale. Jadi bolehlah try... tapi tak leh letak pejantan yang ganas2 kang pecahlah plak kandang tue :) Boleh muat sepasang kambing :) atau rusa :)

Rege RM600.00. Caj penghantaran bole la bincang ke mana saje kat semenanjung....

Rabu, 2 September 2009

RUSA....

Salam semua. Pada 16 September ni ada Freighter bawa kuda ke KL. Jadi kitaorang tumpang sekali Freighter tu bawa Rusa dari Perth.

Harga dalam RM1k sekor. Ada jantan n betina. Tapi ini ikut Slaugter Protocol k.... Jadi kalau nak habaq sekali lagi noo...

Khamis, 27 Ogos 2009

BOER CROSS F4 (KEPALA COKLAT) & PEJANTAN DAMARA

Salam semua. InsyaAllah hari Khamis depan (3 September 2009) kitaorang bawa masuk Damara dan Boer Cross F4. Cuma Boer Cross F4 je ada lebihan. Harga RM750.00 sekor. Ambil kat Animal Hotel atau kita orang leh hantar tapi ada la caj penghantaran :)

Sori... tambah ckit.. Damara ada dalam 17 ekor lebih Pejantan Damara. Harga RM1000. Kitaorang bawa masuk dalam 30 ekor, baki tadi anta ke JPV Selangor. Kalau nak habaq no...

SAANEN KE PEKAN PAHANG....




Salam semua, selasa kelmarin aku ke Pekan Pahang antar kambing ke kandang Dato' Supian. Kat ctu dia ada ternak kambing n lembu. Aku tak jumpa dia , busy katakan orang kuat negeri Pahang. Apa pun ni ada gambar kambing saanen FullBlood.

Sekarang ni ramai yang concentrate jual susu kambing n jualan kambing akikah... amacam tak try 2 nie ker selain ternak kambing baka???

Isnin, 17 Ogos 2009

TAWARAN BELIAN KAMBING BOER

Salam semua penternak. Pihak kami menawarkan pembelian kambing Boer betina hidup dengan syarat berikut :

Induk F1/F2 minimum 30kg = RM15/kg
Induk F4/F5 minimum 30kg = RM18/kg.
Umur = 8 bulan - 3 tahun.

Sila emel butiran berikut kepada saya di mtzventures@gmail.com @ sms 019-2236364

1. Nama
2. Nama syarikat
3. Alamat ladang
4. Bilangan kambing boer betina F1/F2 (lebih 30kg)
4. Bilangan kambing boer betina F4/F5 (lebih 30kg)

Sekian. Adios...

Rabu, 12 Ogos 2009

TAWARAN KARKAS KAMBING

Tawaran daging kambing segar @ RM20/kg. Minimum pembelian seekor. Purata berat karkas 16-24kg.

Diskaun RM2/kg untuk belian lebih 20 ekor. Penghantaran percuma bagi setiap pembelian melebihi 20 ekor.

3 tan stok sedia untuk semua setiap minggu.....

Ahad, 9 Ogos 2009

TAWARAN KAMBING AKIKAH

FERAL 30-45KG (cukup umur)
10 ekor - RM450 seekor
20 ekor - RM440 seekor
30 ekor - RM430 seekor
lebih dari 30 ekor (harga boleh runding)

FERAL 25-33KG (campur2 cukup umur dan belum cukup umur)
50 ekor - RM350.00 seekor
25 ekor - RM380.00 seekor

Shipmen minimum 3 kali SEMINGGUUUU!!!!
Semua ternakan ambil di KLIA.

Khamis, 2 Julai 2009

shipmen minggu depan... 5 kali seminggu..

Salam buat para penternak... bermula minggu depan akan ada lima shipmen yang mewakili hari isnin, selasa, rabu, khamis dan Jumaat... semua sampai kul 10 malam. Jadi sesiapa yang berhajat untuk dapatkan kambing akikah sila hubungi saya untuk tempahan @ 019-2236364.

Tuan/Puan saudara saudari sekalian.. pertimbangkan untuk jadikan jualan kambing akikah/pedaging sebagai aktiviti utama syarikat/projek ternakan saudara saudari, yang pasti hasil jualan ini boleh diperolehi paling tidak sebulan pasti ada yang perlu untuk wat akikah anak, bukan saya tak galakkan breeding tapi kalau dalam bigger scale memang berbaloi, tambahan dengan pelbagai kos seperti makanan kambing yang menjadi kos ternakan mahal dan tinggi sekarang.

Perlu ada usaha mengawal kos yang menyumbang kepada kos ternakan bagi memastikan kambing yang dipelihara boleh dijual pada harga pasaran RM500-RM650... pk pk kan lah...

Jumaat, 26 Jun 2009

aku di infoternak bukak gerai

Salam sumer... alhamdulillah dapat gak gerai untuk promosi dan jualan di aagro fest... jumpa kat sana ekk :)

Selasa, 23 Jun 2009

AGRO FEST PERAK 25-28 JUN 2009

Salam... untuk makluman sume

AGRO FEST PERAK

Tarikh : 25-28 Jun 2009

Tempat : Info Ternak Sungai Siput, Perak

Datang beramai-ramai :)

Rabu, 17 Jun 2009

kan aku dah bagitau EG....

hmmm... salam semua... semalam ada orang nak kambing akikah area slim river... tiba2 aku pun kata eh ada ejen saya kat ctu... aku pun sms no EG ejen aku kat ctu n dalam masa yang sama EG pun aku sms no klien tue... alhamdulillah dia close sales RM580 seekor siap lapah kot.. kan dah leh wat duit :)

hmmm.... insyaAllah sabtu nie dia amik lagi 3-4 ekor untuk wat stok kat tempat...

rakan2 sekalian... dalam ternakan kambing dengan senario sekarang, hanya jualan kambing akikah/pedaging dan jualan susu kambing jer yang mampu jana pendapatan harian @ bulanan... insyaAllah kalau kena gaya promosi dapat jual 5 ekor sebulan n bolehlah dapat pendapatan kasar RM500-RM750 sebulan... ayuh apa lagi tunggu watlah promosi dan adakan kambing cukuop umur untuk akikah kat kandang saudara2 sekalian :)

Jumaat, 12 Jun 2009

Teman ke Nganu ari nie jumpa penternak sana...

Salam... insyaAllah petang nie teman pi Terengganu.... kalau ada penternak sana nak jumpa tipon yea.. teman tak lama sangat kat ctu...

Selasa, 9 Jun 2009

148 ekor Feral...




Salam... semua. Semalam masuk 100 ekor Feral 25-30kg hantar ke Kulim Kedah buat daging potong. Harga xMasKargo RM330.00 sekor dengan minimum order 50 ekor.

Bakinya hantar ke Kota Bharu Kelantan dalam 25 ekor dan ada 18 ekor lagi kat kandang di tanjung karang... Berat dalam 35-45kg rege xMasKargo RM420 dengan minimum order 48 ekor ni ada gambar kambing2 tue..

Ahad, 7 Jun 2009

Pehhh... lama dah tak update..

sori kekawang... sibuk bebeno kebelakangan nie.. ok semalam alhamdulillah en Fadil dari Manong daatng.. dia amik 5 ekor kambing. siap pilih n pegang bahagian pinggul nak rasa ada isi atau rasa rangka kambing jer.. hmm... satu lagi cara pemilihan kambing yang aku belajo minggu nie...

aku semalam letak poster kat kedai makan.. kena la plak kat kedai makan Fazari Maju... terus owner dia coll kata ..'hello tadi u ada letak itu posterkan... ha saya mau satu ekor sekarang' aku jawab 'eh sekarang...? nak sembelih dulu ker.. tarapa 'saya mau hidup juga' akhirnya dia sampai kandang ngan lebih kurang 7 orang mak aihhhh..... gerun teman siap aku cakap kat Zul pekerja aku (Zul ni bekas ARMY) Zul ikut aku... at last tak sampai 5 minit depa setuju beli kambing aku sekor ngan harga RM550.00 tak tawar pun... hmm... apa pun alhamdulillah...

Jumaat, 29 Mei 2009

FERAL AKIKAH RM420.00 HANYA UNTUK PENTERNAK PERAK...

Salam tuan/puan. Feral Akikah berat 30-40 kg. RM420 xkandang Teluk Intan. Hanya untuk penternak Perak sahaja. Tempah sekarang. Setiap minggu ada shipment masuk. Bekalan mencukupi :)

Rabu, 27 Mei 2009

18 FERAL KE IPOH...

Alhamdulillah, semalam Khairul amik 18 ekor Feral yang berat dia 40kg.. pas tu minta 4 batang gigi la plak... tapi dah settle...

Pastu teman antar 10 ekor boer cross f1 betina ke Falim, Ipoh. Then pi beli sekor bapak Anglo. Teman rasa dah cantik dah berat dalam 70kg x lari tue... tak sempat nak coll cikgu Zabidi... jangan marah yea cikgu :)

Isnin, 25 Mei 2009

RUSA OH RUSA... AKHIRNYER KO TIBA GAK....

Salam semua. Tawaran borong RUSA untuk sembelihan dari Australia hidup pada harga RM800 xklia. Berat 40-60kg seekor. Tempahan perlu dibuat 2 minggu sebelum bertolak Agen diperlukan. Minimum 16 ekor.

80 EKOR FERAL 30-35KG KE PENANG...

Salam tuan/puan penternak. Semalam ada penghantaran sebanyak 80 ekor ke Pulau Pinang. Kitaorang terpaksa tunggu sampai kul 4 pagi nak loading pasal lori dari Penang amik masa ke Mas Kargo. Jadi kenalah teman berdepan dengan godaan tido.. pehhh.. ini pun ngantuk sangat dah...

Ooo yea harga RM380.00 untuk pembelian minima 50 ekor. Jadi apa tunggu rakan sekalian..... jomlah ;...

Jumaat, 22 Mei 2009

PALET MAKANAN TERNAKAN

HARGA MAKANAN TERNAKAN

Palet Kuda - 50kg - RM68.00
Dedak Campuran (PKC & Jagung) - 50kg - RM32.00
Palm Kernel Pellets (PKC) - 40kg - RM18.00
Soya Hull Palet - 50kg - RM43.00
Jagung (B) - 40kg - RM52.00
P Kernel Expellers (PKE) - 50kg - RM25.00
Kulit Gandum - 50kg - RM45.00

HUBUNGI : Hanapi (016-3485938) Teluk Intan, Perak

Sabtu, 16 Mei 2009

PEMAKLUMAN : FERAL BERAT 30-35KG RM390

Salam sume penternak. Harga Borong Feral berat 30-35kg.

50 ekor - RM400.00
100 ekor - RM390.00
150 ekor - RM380.00

Semua ternakan diambil di Mas Kargo. Shipmen setiap minggu. Umur lebih setahun tetapi berat 30-35kg ni tak confirm cukup umur tapi wat sembelihan daging ok jer...

Khamis, 14 Mei 2009

FERAL SAMPAI DAH... FULLBLOOD PUN SAMPAI GAK :) ..




Salam semua sori teman sibuk bebeno seminggu dua nie.. ha ari sabtu ari tue sampai lagi shipmen Feral 40 anto kat tempat teman n 25 ekor Pejantan Boer Full Blood. Ada penternak sana yang nak let go jadi dapat lah murah bila beli bulk..

Rege Feral akikah RM460.00 sekor untuk jualan borong ngan minima amik 5 ekor. Kalau dalam 100km tu teman minta RM10.00 untuk sekor wat duit minyak, maknernyer leh anto lah :)

Pejantan Boer Full Blood berat dia dari 4okg ke 70kg. ada dalam 16 ekor lagi dari 42 ekor yang kitaorang bawa masuk belum terjual. Rege berpatutan RM1600 sekor.

Ayuh datang tengok n kalau puas hati huluq lah duit tue :)
Ari tue gak ada 2 3 ekor Feral yang 'tak larat' ngan perjalanan jauh dari kita orang sembelih lah 2 ekor kat ctu gak n buda2 kerje sana suker... siap pas ni nak simpan parang tajam, nak lapah, kapak lak... mane tahu ada rezeki deme lagi :)

Rabu, 6 Mei 2009

JUALAN PEJANTAN FULL BLOOD

Salam rakan ternak. Ada 10 ekor Pejantan Boer Full Blood untuk dijual. Umur 1-2 tahun. Berat 50kg. Harga RM1600 seekor unregistered dan RM1800 sekor registered. Amik secara pukal harga boleh runding.

Rabu, 29 April 2009

shipmen 28 April 2009.... besday teman nie :)



semalam dalam 10.40 pm sampai 80 ekor kambing Feral nganberat 38-39 kg purata. Ini penghantaran pertama (percubaan) dari Perth oleh Mick. Ikutkan cara ini paling baik coz kambing kurang stress kerana hanya 5 jam je dalam flight berbanding amik kat Melbourne 8 jam n ke kadang siap singgah tempat lain... tu yang wat kambing tensionnn bebbbb!!!!

ok ini ada gambar crate yang boleh muatkan kambing sekitar 20 ekor tue...

Isnin, 27 April 2009

PEJANTAN BOER FULL BLOOD


semalam masuk pejantan FB, Pihak PERDA nak blood test dan performance mengawan lak.. tu yang tak anto lagi kat PERDA lagi... apa pun ini gambar FB nie..

SHIPMEN 25 APRIL 2009...



Alhamdulillah masuk 400 lebih Feral kelmarin, cuma teman punya tak banyak 20 ekor ke Semenyih... dan bapak Boer Jantan untuk dihantar ke PERDA.. nanti teman masukkan gambar dia

Selasa, 21 April 2009

BOER INDUK F2 - HARGA RUNTUH...

Salam para penternak... Harga runtuh Baka Boer Cross F2. Harga di Mas Kargo RM550-RM600. Berat 28-40 KG. Penternak Australia ni nak let go kambing dia. Berminat ? Hubungi saya segera..

Ahad, 12 April 2009

Alhamdulillah ... Teman dapat Tender PERDA



Alhamdulillah MTZ Ventures dapat Tender PERDA, InsyaAllah Paizal akan ke sana wat selection.. Ini ada gambar dari Chris kat YEA, Melbourne kirimkan gambar boer bucks yang kami akan pilih...

Feral Akikah 40 ekor ke Pasir Mas Kelantan



Kami sampai je kat situ orang Animal Hotel (Mas Kargo) datang n amik kami bawa ke KLIA check in dah masuk Malaysia kalau idak assume kami tak balik lagi la kalau nai Freigter Plane nie.

Ikutkan banyak tempat anto kambing akikah nie, ada ke Kuantan, melaka dan Negeri Sembilan tapi customer tetap aku beser ar Kelate wehhh... Ni ada gambar event ari tue...

Sabtu, 11 April 2009

Touch down.... tanah airku Malaysia...



Alhamdulillah sapai kat Mesia kul 2 pagi... ngantuk la plak mata nie... ini ada sekit gambar ari tu

singgah la plak kat sydney...




Kapal Mas Kargo tue berlepas ke Sydney jam 4 petang. o yea time nie kat Australia khususnya Melbourne dan Sydney beza ngan Mesia 2 jam cepat kat sana jadi kalau sana kul 4pm cni baru 2pm...
sampai kat sydnet depa load barang termasuk la kuda yang nak dihantor kat KL. baru la teman tahu harga kuda sekor tu lebih daripada harga seluruh shipmen kami... anak kuda pun harga RM200,000. ada kuda harga mencecah 4 juta pun ada... pehh ini 'game' orang kaya nie...

Pertama kali naik Flight MASKARGO




Seterusnya keesokan hari saya dan Paizal diiringi oleh pegawai keselamatan airport masuk ke dalam kapal terbang Maskargo... kapal tu penuh ngan barang dan ada 12 palet (pelantar crate) yang berisi kambing Feral, penuh gak isi perut kapal tue... Dalam kapal tue ada 4 kerusi je ngan 'katil double deck" tapi berstatus bisness class :) ini ada gambo yang teman sempat amik...

Loading kambing ke dalam 'crate'




Pada petang yang sama kami dimaklumkan bahawa kapal terbang dijangka berlepas pada awal pagi Isnin, jadi kambing2 Feral nie dah kena load dalam crate. Jadi petang tu kambing2 nie dimasukkan ke dalam Road Train iaitu lori yang ada 4 tingkat/bahagian yang boleh memuatkan sebanyak 600 ekor dalam 1 lori. Hmmm... kalau ada kat Mesia lori nie kan leh jimat minyak anto mana2 wat satu trip je...

jadi teman ada gambo crate yang dah disediakan di Airport ( harga crate 1 tu dalam RM1300) tapi sampai mesia depa buang je... ish..ish..ish.. satu lagi kena pakai boot yang ujung dia ada besi dan pakai baju yang ada pembalikan cahaya... itu sayarat kat ctue..