KENALI BAKA KAMBING

KENALI BAKA KAMBING
KAMBING KATJANG - Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.

BEBIRI TENUSU - CHIOS

BEBIRI TENUSU - CHIOS
Biri-Biri Chios berasal dari Chios, di kepulauan Greek dan diimport ke Cyprus pada 1949. Ia digunakan sebagai gerompok tulen untuk meningkatkan kebakaan biri-biri tempatan. Tidak dinafikan, Chios sangat sesuai untuk sistem pengeluaran intensif kerana sifat-sifat istimewanya yang matang awal, cepat membiak tanpa mengikut musim, serta banyak mengeluarkan susu. Berat badan pejantan lebih kurang 80 kg, induk betina 65 kg, dengan ekor tidak gemuk dan biasanya berbentuk kon.

KAMBING TENUSU - SAANEN

KAMBING TENUSU - SAANEN
SAANEN. Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.

BAKA JAMNAPARI

BAKA JAMNAPARI
JAMNAPARI. Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.

BAKA ANGLO NUBIAN

BAKA ANGLO NUBIAN
ANGLO NUBIAN. Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

KENALI BAKA BEBIRI

KENALI BAKA BEBIRI
BEBIRI DORPER. Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian.

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)
LADANG INFOTERNAK

WAKIL JUALAN KAMBING AKIKAH

PERAK DARUL RIDZUAN

SMS KAMI @ 012-6735106 DAN AKAN KAMI MAKLUMKAN WAKIL JUALAN AKIKAH TERDEKAT UNTUK SAUDARA SAUDARI


PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN

PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
Daftar MOF, Taraf Bumiputera, Tambah Bidang dan Mohon Kad Pintar. Hubungi Adi 012-6735106

Selasa, 27 Disember 2016

Tips Ternakan - SOP PEMBIAKAN

SOP PEMBIAKAN - Siri pemikiran Industri

1. Sebelum di panjat - induk di conditioning - ubat cacing,/ubat kurap, B 12, antibiotik dan mmakanan daun daun herba.

2. Pejantan Unggul juga di sediakan tip top.

3. Panjatan - Induk bila sudah goyang ekor, air meleleh atau biang di beri kan pejantan yang sudah siap sedia. Tahan hingga induk biang 24 jam (waktu optimum)

4. Pejantan masuk dan panjat tanpa masalah kerana induk juga sudah 24 menunggu. Biarkan Pejantan panjat  dan TAP hingga 3 atau 4 kali dalam masa 2 jam. (pejantan wajib tahap gigolo) atau selepas TAP beri minum air molas untuk tenaga.

5. Jika induk kencing selepas kena henjut maka itu tanda sudah masuk sperma. Biarkan dia kena henjut  sampai 3 kali TAPs. (Tapping ialah keadaaan di mana jantan jerk dan pancut). Kemungkinan kembar adalah tinggi.

Bunting.
Semasa bunting awal induk perlu di beri makan hijauan / silaj 10 persen dari berat badan serta tambahan konsentrat anggaran 300 hinga 600 gram bergantung jenis konsentrat.

Jika terlihat tanda tanda ia bunting kembar, tambahan konsentrat adalah perlu lebih sedikit.

Suntikan sesuai semasa bunting ialah B9, B10 atau ADE. Urut umbing susu menjelang 2 minggu kelahiran supaya susu tidak mengeras dan basi, perah keluar, urut susu dengan air suam.
KELAHIRAN.

Menjelang 5 hari kelahiran atau pada hari ke 147, suntikan Oxytocine sangat penting supaya rahim mula kembang dan kelahiran menjadi mudah tanpa bantuan.

Sebaik ibu sudah melahirkan dan uri keluar, injek dengan penahan sakit atau anti strees. Injek antibiotik, bersihkan umbing susu dan bersedia untuk suakan mulut cempe untuk menghisap kolustrum pertama. Pastikan ibu dapat makanan yang mampu memangkin susu untuk anaknya.

ANAK / CEMPE.

Bersihkan cempe dari lendir terutama bahagian mulut dan muka. Letak berhampiran ibu supaya ibu dapat menjilat anaknya kering. Anak sudah sedia untuk menghisap susu. Jika ibu kurang mesra, suakan mulut anak. Ada juga yang perlu diputing botolkan.

Titiskan mamimune di mulut anak. Usia 1 minggu suntik anak dengan iron spt ferriade.

Pada usia 3 bulan anak sudah boleh diputuskan susu bila dia sudah pandai makan bahan lembut seperti soya hull lembut dll daun lembut.

Begitulah seterusnya pusingan akan datang. 



Khamis, 15 Disember 2016

Tips Merawat Kambing Patah Kaki

Merawat Kambing Patah Kaki

Salam Ternak semua…di sini saya ingin berkongsi pengalaman merawat kambing yang patah kaki…dalam ternakan ni kita tak boleh lari dari pelbagai masalah penyakit atau masalah kesihatan binatang ternakan…

Bila dapat tahu je kambing saya patah kaki…saya jadi panik…maklumla..penternak setahun jagung…hehehe…tapi bila pakcik saya keluarkan sedikit ilmu perubatan tradisional dia..

Alhamdulillah…

kambing tersebut sihat semula…Ok…daun yang digunakan ialah..daun tembaga suasa…cara-caranya…chewah…hehehe…ok…ambil 3-4 helai daun tembaga suasa (gambar seperti di bawah)..layukan dengan api…lepastu terus ikat dengan kain pada tempat yang patah…InsyaALLAH…seminggu lebih je dah ok…kalu ikut pengalaman kambing saya…..kata pakcik saya lagi…daun tersebut pun boleh digunakan pada orang yang patah…hehehe…kebetulan anak dia pun patah kaki…mungkin lepas bukak simen…dia kan letak daun ni kot…okla..jumpa lagi nanti…

Kupi pes...






Rabu, 7 Disember 2016

Foraj Sebagai Sumber Makanan Ternakan - maeps maha

Tonton Siaran Langsung:

Bicara MySuara, 'MAHA 2016 : Foraj Sebagai Sumber Makanan Ternakan', bersama:
Dr Shokri Jusoh, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian UPM,
sempena MAHA 2016 di MAEPS Serdang pada:

Tarikh : 7 Disember 2016
Hari : Rabu
Masa : 12:30 tengahari

Siaran Langsung ini dibawakan khas oleh MySuara, di pautan berikut :

https://youtu.be/Xgv8_u6mijY

Selasa, 6 Disember 2016

Dua (2) Kategori Kalau Nak Mulakan Projek kambing

As salam dan Salam 1 Malaysia Peminat Ternakan khususnya Baka Kambing dan Bebiri.

Jika ada yang berminat nak buat Biz kambing. Mulakan dengan trading kambing.

Apa itu trading kambing? Trading kambing ni tuan/puan beli kambing pastu jual semula. beza untung ada la RM50-RM200 seekor. Biasanya kita beli kambing ccukup umur jantan dan jual semula. kerana nak jaga depa ni tak cerwet sangat banding yang baru nak beranak dan menyusu.

Kenapa? Ini nak biasakan anda dengan penjagaan kambing. Dah biasa ngan kambing boleh la membela kambing.

Tapi sebenarnya nak uji tuan puan untuk jual balik kambing. Kalau boleh jual balik kambing. Ada pasaran dan keuntungan dan boleh biayai kos makan minum kambing, elektrik dan air, selenggaraan kandang dan mesin, gaji pekerja dan juga duit poket sendiri.

Settle semua ni.. boleh la mula projek bela kambing. Bukan tak bagi bela kambing.. silakan.. cuma akan amik masa kambing nak membesar, nak jual balik. Dalam proses membesar pelbagai dugaan ada. Jadi 2 benda ni kena kuat.
1. RM kena teguh pasal nak tunggu boleh jual kambing semual dari kecik sampai beso amik masa juga 8-9 bulan. kalau nak cukup umur 1-2 tahun.
2. Semangat  kental dan jitu. Cintakan kambing dan ternakan yang ada kena ada. Kalau tak suka ... takkan lama kita dalam bidang ni.

Jadi saya sendiri wujudkan Program Kambing Trading dan Kambing Tenusu bagi yang berminat tapi xde kandang pekerja dan kemahiran menternak. Boleh whatsapp saya kat 012-6735106 kalau nak join Program2 ni.

Itu je la nak citer :) Selamat Maju Jaya.




Jumaat, 25 November 2016

MAHA 2016 di MAEPS Serdang dari 1 - 11 Disember 2016

*11 perkara tentang MAHA 2016*

1. Rasai 168 sajian makanan popular di Empayar Makanan

2. Lebih 100 gerai menjual buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan segar

3. Hampir 20 seminar dan kursus pemasaran untuk melonjakkan perniagaan anda 

4. Agrotainmen untuk seisi keluarga di Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin 

5. Kemunculan Erma Fatima dan selebriti lain di Kampung Mak Cun

Tuna in the House, rumah nelayan terbalik, Kingdom of Shark, rangka ikan paus dan peluang merasai ikan termahal di Laman Perikanan
Lembu sado, perah susu, jumpa doktor vet dan pengalaman farmville di Laman Ternakan

6. Rhythm of the Farmers menampilkan Khalifah, Wali Band, Shila Amzah, Projector Band, Man Bai, Ramli Sarip, Ebiet G Ade dan ramai lagi

7. Lebih 180 kenderaan di dalam MAEPS Serdang untuk memudahkan pergerakan pengunjung, seperti bas, tram, buggy dan wagon.

8. 7,000 tempat letak kereta disediakan dalam MAEPS, 1,900 lagi di UPM dan MARDI. Untuk yang tidak mahu memandu, bas shuttle disediakan dari stesen Komuter KTM Serdang, UPM dan IOI City Mall

9. 10,000 petugas keselamatan, lalulintas dan khidmat pelanggan sedia menawarkan bantuan kepada pengunjung

10. Ruang pameran lebih 6 kali ganda keluasan padang bola. Laman-laman pertanian pula berkeluasan lebih 35 padang bola!

11. Kemudahan pengunjung: 8 kaunter informasi, 23 surau, 670 tandas termasuk OKU, 350 gerai makanan termasuk food truck, 20 hentian tram 

~ *Sama-sama hadir ke MAEPS Serdang pada 1 Disember hingga 11 Disember 2016. Dibuka 10 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.*


Sumber : SUA YBM MOA



Pastikan Susu Kambing yang dibeli di Pasteur

As salam Peminat Susu Kambing.

Pastikan susu kambing yang anda beli dipasteurise. Disamping membunuh bakteria ia juga tahan lama apabila disejuk beku.

#tips hari ini



Rabu, 23 November 2016

Kambing Sembelihan. Minimum Tempahan @ Belian Borong 30 Ekor

As salam Warga Penternak.

Kambing Sembelihan Boer Cukup Umur. Berat Purata 30KG. Sekarang di buka untuk tempahan dan penghantaran 1 Malaysia (Semenanjung sahaja) :)

Sila whatsapp 012-6735106 untuk tempahan dan penghantaran.







Sabtu, 5 November 2016

Kambing Boer Kacukan Diperlukan 176 ekor keseluruhan

As salam Warga Penternak

Kami perlukan kambing boer kacukan.

Baka : Boer

Pejantan : 16 ekor ; 35kg ke atas

Induk Betina : 160 ekor ; 25kg ke atas (dara/bunting)

Bebas Penyakit CLA/Brusella

Kalau anda ada 5 - 10 ekor pun xpe. Hubungi Mohamad 0111-5060817.


Ahad, 9 Oktober 2016

Bebiri Dorper Jantan dan Betina Muda

Tempahan Bebiri Dorper Jantan dan Betina.

Umur 4-5 bulan.

Sebarang pertanyaan sila whatsapp 012 - 67 35 106.


Khamis, 8 September 2016

STOK KORBAN 2016 SUDAH TIBA....

As salam semua

Stok Korban dah tiba. untuk tempahan sila whatsapp ke 012-6735106. Terima kasih.


Selasa, 12 April 2016

Jualan EM Agromangkin Ternakan

#Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam
#Mengurangkan pembiakan serangga dalam kandang dan persekitarannya
#Merawat air dan alam sekitar seperti sungai, longkang, dan loji rawatan kumbahan
#Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
#Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
#Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan
dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
#Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.
#Membantu proses pencernaan makanan.

EM Agromangkin -  mesra alam
EM Agromangkin -  mudah digunakan
EM Agromangkin - Tiada kesan sampingan
Pastikan di simpan di tempat yang tidak terkena cahaya matahari
Goncangkan dahulu sebelum digunakan

Cara penggunaan  :
Tambah EM Agromangkin dalam makanan dan minuman ternakan.
#Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
#Masukkan EM Agromangkin dalam kolam ternakan.
#Larutkan 1 liter EM Agromangkin Ternak kedalam setiap 1000 liter air minuman ternakan (Æ’1:1000). Diberi minum setiap hari.
#Semburkan larutan EM Agromangkin Ternak (Æ’1:100) dan gaul
Dengan  makanan @ pelet  ternakan dan peram selama 30 minit
Sebelum diberikan kepada ternakan.
#Larutkan(Æ’ 1:100), 1 liter EM Agromangkin Ternak kedalam
Setiap 100 liter air. Semburan dan pencucian setiap minggu.

Agen & Usahawan diperlukan


Sabtu, 26 Mac 2016

Kelebihan dan Khasiat Rumput Napier India


    1:# Protein lebih tinggi berbanding Napier Taiwan & Dedak Haiwan.
  
# Kadar tumbesaran sangat cepat, 25 hari tanam sudah boleh harvest.
 
 # Matang pada umur 4 bulan, untuk buat benih.

  # Saiznya lebih besar berbanding Napier Taiwan.

  # Kadar pertumbuhan mata tunas lebih tinggi,

  1 benih mengeluarkan 20+/- mata tunas.
 
 # Paling PENTING: HARGANYA MURAH & PROTEIN TINGGI. PENGIRAAN

  # 1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok, sistem 4kaki x 4kaki = 3,200 pokok seekar.

 # 1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas

  # 1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.

   # 1 ekor kambing perlu makan 3kg sehari.
 
 # Andaikata, dianggarkan Minimum 1 ruas (20 pokok) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg/ruas. bermakna untuk 1 ekar pokok rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput. Maksimum yg kami mampu buat mengunakan baja kami ialah, 20kg/ ruas ~ 64,000kg/seekar!
 
 # Minimum 1 ekar (38,400kg) rumput napier india mampu memberikan 100 ekor kambing makan selama 128 hari! @ 4 bulan! DAN ia mampu menjimatkan RM8,100 sebulan! (pengiraan: 3kg/hari dedak kmbg makan x 100 ekor kambing x 30 hari x RM0.90/kg= RM8,100).

    # Jika 4 bulan? ia mampu untuk menjimatkan RM32,400/4 bulan!! Angka yang cukup besar terutamanya waktu ekonomi dan politik tengah gawat sekarang ni.

#sesuai untuk semua ternakan Ayam,Angsa,Itik,Rusa Arnab,lembu kambing dan sebagainya


Berminat whatsapp : +6010-7700817





tempahan Garam Bukit dari Pakistan. Hubungi 0111-5060 817 @ whatsapp ke 010-77 00 817



Ahad, 31 Januari 2016

Tempahan Kambing Betina Anglo Cross

As salam dan Salam Sejahtera

Tempahan Kambing Betina Anglo Cross. Harga Borong RM780 seekor. Berminat whatsapp ke 012-6735106