KENALI BAKA KAMBING

KENALI BAKA KAMBING
KAMBING KATJANG - Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.

BEBIRI TENUSU - CHIOS

BEBIRI TENUSU - CHIOS
Biri-Biri Chios berasal dari Chios, di kepulauan Greek dan diimport ke Cyprus pada 1949. Ia digunakan sebagai gerompok tulen untuk meningkatkan kebakaan biri-biri tempatan. Tidak dinafikan, Chios sangat sesuai untuk sistem pengeluaran intensif kerana sifat-sifat istimewanya yang matang awal, cepat membiak tanpa mengikut musim, serta banyak mengeluarkan susu. Berat badan pejantan lebih kurang 80 kg, induk betina 65 kg, dengan ekor tidak gemuk dan biasanya berbentuk kon.

KAMBING TENUSU - SAANEN

KAMBING TENUSU - SAANEN
SAANEN. Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.

BAKA JAMNAPARI

BAKA JAMNAPARI
JAMNAPARI. Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.

BAKA ANGLO NUBIAN

BAKA ANGLO NUBIAN
ANGLO NUBIAN. Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

KENALI BAKA BEBIRI

KENALI BAKA BEBIRI
BEBIRI DORPER. Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian.

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)
LADANG INFOTERNAK

WAKIL JUALAN KAMBING AKIKAH

PERAK DARUL RIDZUAN

SMS KAMI @ 012-6735106 DAN AKAN KAMI MAKLUMKAN WAKIL JUALAN AKIKAH TERDEKAT UNTUK SAUDARA SAUDARI


PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN

PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
Daftar MOF, Taraf Bumiputera, Tambah Bidang dan Mohon Kad Pintar. Hubungi Adi 012-6735106

Jumaat, 29 Mei 2009

FERAL AKIKAH RM420.00 HANYA UNTUK PENTERNAK PERAK...

Salam tuan/puan. Feral Akikah berat 30-40 kg. RM420 xkandang Teluk Intan. Hanya untuk penternak Perak sahaja. Tempah sekarang. Setiap minggu ada shipment masuk. Bekalan mencukupi :)

Rabu, 27 Mei 2009

18 FERAL KE IPOH...

Alhamdulillah, semalam Khairul amik 18 ekor Feral yang berat dia 40kg.. pas tu minta 4 batang gigi la plak... tapi dah settle...

Pastu teman antar 10 ekor boer cross f1 betina ke Falim, Ipoh. Then pi beli sekor bapak Anglo. Teman rasa dah cantik dah berat dalam 70kg x lari tue... tak sempat nak coll cikgu Zabidi... jangan marah yea cikgu :)

Isnin, 25 Mei 2009

RUSA OH RUSA... AKHIRNYER KO TIBA GAK....

Salam semua. Tawaran borong RUSA untuk sembelihan dari Australia hidup pada harga RM800 xklia. Berat 40-60kg seekor. Tempahan perlu dibuat 2 minggu sebelum bertolak Agen diperlukan. Minimum 16 ekor.

80 EKOR FERAL 30-35KG KE PENANG...

Salam tuan/puan penternak. Semalam ada penghantaran sebanyak 80 ekor ke Pulau Pinang. Kitaorang terpaksa tunggu sampai kul 4 pagi nak loading pasal lori dari Penang amik masa ke Mas Kargo. Jadi kenalah teman berdepan dengan godaan tido.. pehhh.. ini pun ngantuk sangat dah...

Ooo yea harga RM380.00 untuk pembelian minima 50 ekor. Jadi apa tunggu rakan sekalian..... jomlah ;...

Jumaat, 22 Mei 2009

PALET MAKANAN TERNAKAN

HARGA MAKANAN TERNAKAN

Palet Kuda - 50kg - RM68.00
Dedak Campuran (PKC & Jagung) - 50kg - RM32.00
Palm Kernel Pellets (PKC) - 40kg - RM18.00
Soya Hull Palet - 50kg - RM43.00
Jagung (B) - 40kg - RM52.00
P Kernel Expellers (PKE) - 50kg - RM25.00
Kulit Gandum - 50kg - RM45.00

HUBUNGI : Hanapi (016-3485938) Teluk Intan, Perak

Sabtu, 16 Mei 2009

PEMAKLUMAN : FERAL BERAT 30-35KG RM390

Salam sume penternak. Harga Borong Feral berat 30-35kg.

50 ekor - RM400.00
100 ekor - RM390.00
150 ekor - RM380.00

Semua ternakan diambil di Mas Kargo. Shipmen setiap minggu. Umur lebih setahun tetapi berat 30-35kg ni tak confirm cukup umur tapi wat sembelihan daging ok jer...

Khamis, 14 Mei 2009

FERAL SAMPAI DAH... FULLBLOOD PUN SAMPAI GAK :) ..




Salam semua sori teman sibuk bebeno seminggu dua nie.. ha ari sabtu ari tue sampai lagi shipmen Feral 40 anto kat tempat teman n 25 ekor Pejantan Boer Full Blood. Ada penternak sana yang nak let go jadi dapat lah murah bila beli bulk..

Rege Feral akikah RM460.00 sekor untuk jualan borong ngan minima amik 5 ekor. Kalau dalam 100km tu teman minta RM10.00 untuk sekor wat duit minyak, maknernyer leh anto lah :)

Pejantan Boer Full Blood berat dia dari 4okg ke 70kg. ada dalam 16 ekor lagi dari 42 ekor yang kitaorang bawa masuk belum terjual. Rege berpatutan RM1600 sekor.

Ayuh datang tengok n kalau puas hati huluq lah duit tue :)
Ari tue gak ada 2 3 ekor Feral yang 'tak larat' ngan perjalanan jauh dari kita orang sembelih lah 2 ekor kat ctu gak n buda2 kerje sana suker... siap pas ni nak simpan parang tajam, nak lapah, kapak lak... mane tahu ada rezeki deme lagi :)

Rabu, 6 Mei 2009

JUALAN PEJANTAN FULL BLOOD

Salam rakan ternak. Ada 10 ekor Pejantan Boer Full Blood untuk dijual. Umur 1-2 tahun. Berat 50kg. Harga RM1600 seekor unregistered dan RM1800 sekor registered. Amik secara pukal harga boleh runding.