1. Sebelum di panjat - induk di conditioning - ubat cacing,/ubat kurap, B 12, antibiotik dan mmakanan daun daun herba.
2. Pejantan Unggul juga di sediakan tip top.
3. Panjatan - Induk bila sudah goyang ekor, air meleleh atau biang di beri kan pejantan yang sudah siap sedia. Tahan hingga induk biang 24 jam (waktu optimum)
4. Pejantan masuk dan panjat tanpa masalah kerana induk juga sudah 24 menunggu. Biarkan Pejantan panjat dan TAP hingga 3 atau 4 kali dalam masa 2 jam. (pejantan wajib tahap gigolo) atau selepas TAP beri minum air molas untuk tenaga.
5. Jika induk kencing selepas kena henjut maka itu tanda sudah masuk sperma. Biarkan dia kena henjut sampai 3 kali TAPs. (Tapping ialah keadaaan di mana jantan jerk dan pancut). Kemungkinan kembar adalah tinggi.
Bunting.
Semasa bunting awal induk perlu di beri makan hijauan / silaj 10 persen dari berat badan serta tambahan konsentrat anggaran 300 hinga 600 gram bergantung jenis konsentrat.
Jika terlihat tanda tanda ia bunting kembar, tambahan konsentrat adalah perlu lebih sedikit.
Suntikan sesuai semasa bunting ialah B9, B10 atau ADE. Urut umbing susu menjelang 2 minggu kelahiran supaya susu tidak mengeras dan basi, perah keluar, urut susu dengan air suam.
KELAHIRAN.
Menjelang 5 hari kelahiran atau pada hari ke 147, suntikan Oxytocine sangat penting supaya rahim mula kembang dan kelahiran menjadi mudah tanpa bantuan.
Sebaik ibu sudah melahirkan dan uri keluar, injek dengan penahan sakit atau anti strees. Injek antibiotik, bersihkan umbing susu dan bersedia untuk suakan mulut cempe untuk menghisap kolustrum pertama. Pastikan ibu dapat makanan yang mampu memangkin susu untuk anaknya.
ANAK / CEMPE.
Bersihkan cempe dari lendir terutama bahagian mulut dan muka. Letak berhampiran ibu supaya ibu dapat menjilat anaknya kering. Anak sudah sedia untuk menghisap susu. Jika ibu kurang mesra, suakan mulut anak. Ada juga yang perlu diputing botolkan.
Titiskan mamimune di mulut anak. Usia 1 minggu suntik anak dengan iron spt ferriade.
Pada usia 3 bulan anak sudah boleh diputuskan susu bila dia sudah pandai makan bahan lembut seperti soya hull lembut dll daun lembut.
Begitulah seterusnya pusingan akan datang.