KENALI BAKA KAMBING

KENALI BAKA KAMBING
KAMBING KATJANG - Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.

BEBIRI TENUSU - CHIOS

BEBIRI TENUSU - CHIOS
Biri-Biri Chios berasal dari Chios, di kepulauan Greek dan diimport ke Cyprus pada 1949. Ia digunakan sebagai gerompok tulen untuk meningkatkan kebakaan biri-biri tempatan. Tidak dinafikan, Chios sangat sesuai untuk sistem pengeluaran intensif kerana sifat-sifat istimewanya yang matang awal, cepat membiak tanpa mengikut musim, serta banyak mengeluarkan susu. Berat badan pejantan lebih kurang 80 kg, induk betina 65 kg, dengan ekor tidak gemuk dan biasanya berbentuk kon.

KAMBING TENUSU - SAANEN

KAMBING TENUSU - SAANEN
SAANEN. Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.

BAKA JAMNAPARI

BAKA JAMNAPARI
JAMNAPARI. Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.

BAKA ANGLO NUBIAN

BAKA ANGLO NUBIAN
ANGLO NUBIAN. Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

KENALI BAKA BEBIRI

KENALI BAKA BEBIRI
BEBIRI DORPER. Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian.

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)
LADANG INFOTERNAK

WAKIL JUALAN KAMBING AKIKAH

PERAK DARUL RIDZUAN

SMS KAMI @ 012-6735106 DAN AKAN KAMI MAKLUMKAN WAKIL JUALAN AKIKAH TERDEKAT UNTUK SAUDARA SAUDARI


PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN

PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
Daftar MOF, Taraf Bumiputera, Tambah Bidang dan Mohon Kad Pintar. Hubungi Adi 012-6735106

Selasa, 27 Disember 2016

Tips Ternakan - SOP PEMBIAKAN

SOP PEMBIAKAN - Siri pemikiran Industri

1. Sebelum di panjat - induk di conditioning - ubat cacing,/ubat kurap, B 12, antibiotik dan mmakanan daun daun herba.

2. Pejantan Unggul juga di sediakan tip top.

3. Panjatan - Induk bila sudah goyang ekor, air meleleh atau biang di beri kan pejantan yang sudah siap sedia. Tahan hingga induk biang 24 jam (waktu optimum)

4. Pejantan masuk dan panjat tanpa masalah kerana induk juga sudah 24 menunggu. Biarkan Pejantan panjat  dan TAP hingga 3 atau 4 kali dalam masa 2 jam. (pejantan wajib tahap gigolo) atau selepas TAP beri minum air molas untuk tenaga.

5. Jika induk kencing selepas kena henjut maka itu tanda sudah masuk sperma. Biarkan dia kena henjut  sampai 3 kali TAPs. (Tapping ialah keadaaan di mana jantan jerk dan pancut). Kemungkinan kembar adalah tinggi.

Bunting.
Semasa bunting awal induk perlu di beri makan hijauan / silaj 10 persen dari berat badan serta tambahan konsentrat anggaran 300 hinga 600 gram bergantung jenis konsentrat.

Jika terlihat tanda tanda ia bunting kembar, tambahan konsentrat adalah perlu lebih sedikit.

Suntikan sesuai semasa bunting ialah B9, B10 atau ADE. Urut umbing susu menjelang 2 minggu kelahiran supaya susu tidak mengeras dan basi, perah keluar, urut susu dengan air suam.
KELAHIRAN.

Menjelang 5 hari kelahiran atau pada hari ke 147, suntikan Oxytocine sangat penting supaya rahim mula kembang dan kelahiran menjadi mudah tanpa bantuan.

Sebaik ibu sudah melahirkan dan uri keluar, injek dengan penahan sakit atau anti strees. Injek antibiotik, bersihkan umbing susu dan bersedia untuk suakan mulut cempe untuk menghisap kolustrum pertama. Pastikan ibu dapat makanan yang mampu memangkin susu untuk anaknya.

ANAK / CEMPE.

Bersihkan cempe dari lendir terutama bahagian mulut dan muka. Letak berhampiran ibu supaya ibu dapat menjilat anaknya kering. Anak sudah sedia untuk menghisap susu. Jika ibu kurang mesra, suakan mulut anak. Ada juga yang perlu diputing botolkan.

Titiskan mamimune di mulut anak. Usia 1 minggu suntik anak dengan iron spt ferriade.

Pada usia 3 bulan anak sudah boleh diputuskan susu bila dia sudah pandai makan bahan lembut seperti soya hull lembut dll daun lembut.

Begitulah seterusnya pusingan akan datang. 



Khamis, 15 Disember 2016

Tips Merawat Kambing Patah Kaki

Merawat Kambing Patah Kaki

Salam Ternak semua…di sini saya ingin berkongsi pengalaman merawat kambing yang patah kaki…dalam ternakan ni kita tak boleh lari dari pelbagai masalah penyakit atau masalah kesihatan binatang ternakan…

Bila dapat tahu je kambing saya patah kaki…saya jadi panik…maklumla..penternak setahun jagung…hehehe…tapi bila pakcik saya keluarkan sedikit ilmu perubatan tradisional dia..

Alhamdulillah…

kambing tersebut sihat semula…Ok…daun yang digunakan ialah..daun tembaga suasa…cara-caranya…chewah…hehehe…ok…ambil 3-4 helai daun tembaga suasa (gambar seperti di bawah)..layukan dengan api…lepastu terus ikat dengan kain pada tempat yang patah…InsyaALLAH…seminggu lebih je dah ok…kalu ikut pengalaman kambing saya…..kata pakcik saya lagi…daun tersebut pun boleh digunakan pada orang yang patah…hehehe…kebetulan anak dia pun patah kaki…mungkin lepas bukak simen…dia kan letak daun ni kot…okla..jumpa lagi nanti…

Kupi pes...






Rabu, 7 Disember 2016

Foraj Sebagai Sumber Makanan Ternakan - maeps maha

Tonton Siaran Langsung:

Bicara MySuara, 'MAHA 2016 : Foraj Sebagai Sumber Makanan Ternakan', bersama:
Dr Shokri Jusoh, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian UPM,
sempena MAHA 2016 di MAEPS Serdang pada:

Tarikh : 7 Disember 2016
Hari : Rabu
Masa : 12:30 tengahari

Siaran Langsung ini dibawakan khas oleh MySuara, di pautan berikut :

https://youtu.be/Xgv8_u6mijY

Selasa, 6 Disember 2016

Dua (2) Kategori Kalau Nak Mulakan Projek kambing

As salam dan Salam 1 Malaysia Peminat Ternakan khususnya Baka Kambing dan Bebiri.

Jika ada yang berminat nak buat Biz kambing. Mulakan dengan trading kambing.

Apa itu trading kambing? Trading kambing ni tuan/puan beli kambing pastu jual semula. beza untung ada la RM50-RM200 seekor. Biasanya kita beli kambing ccukup umur jantan dan jual semula. kerana nak jaga depa ni tak cerwet sangat banding yang baru nak beranak dan menyusu.

Kenapa? Ini nak biasakan anda dengan penjagaan kambing. Dah biasa ngan kambing boleh la membela kambing.

Tapi sebenarnya nak uji tuan puan untuk jual balik kambing. Kalau boleh jual balik kambing. Ada pasaran dan keuntungan dan boleh biayai kos makan minum kambing, elektrik dan air, selenggaraan kandang dan mesin, gaji pekerja dan juga duit poket sendiri.

Settle semua ni.. boleh la mula projek bela kambing. Bukan tak bagi bela kambing.. silakan.. cuma akan amik masa kambing nak membesar, nak jual balik. Dalam proses membesar pelbagai dugaan ada. Jadi 2 benda ni kena kuat.
1. RM kena teguh pasal nak tunggu boleh jual kambing semual dari kecik sampai beso amik masa juga 8-9 bulan. kalau nak cukup umur 1-2 tahun.
2. Semangat  kental dan jitu. Cintakan kambing dan ternakan yang ada kena ada. Kalau tak suka ... takkan lama kita dalam bidang ni.

Jadi saya sendiri wujudkan Program Kambing Trading dan Kambing Tenusu bagi yang berminat tapi xde kandang pekerja dan kemahiran menternak. Boleh whatsapp saya kat 012-6735106 kalau nak join Program2 ni.

Itu je la nak citer :) Selamat Maju Jaya.