Selasa, 21 April 2009
BOER INDUK F2 - HARGA RUNTUH...
Salam para penternak... Harga runtuh Baka Boer Cross F2. Harga di Mas Kargo RM550-RM600. Berat 28-40 KG. Penternak Australia ni nak let go kambing dia. Berminat ? Hubungi saya segera..
Ahad, 12 April 2009
Alhamdulillah ... Teman dapat Tender PERDA
Feral Akikah 40 ekor ke Pasir Mas Kelantan




Kami sampai je kat situ orang Animal Hotel (Mas Kargo) datang n amik kami bawa ke KLIA check in dah masuk Malaysia kalau idak assume kami tak balik lagi la kalau nai Freigter Plane nie.
Ikutkan banyak tempat anto kambing akikah nie, ada ke Kuantan, melaka dan Negeri Sembilan tapi customer tetap aku beser ar Kelate wehhh... Ni ada gambar event ari tue...
Sabtu, 11 April 2009
singgah la plak kat sydney...


Kapal Mas Kargo tue berlepas ke Sydney jam 4 petang. o yea time nie kat Australia khususnya Melbourne dan Sydney beza ngan Mesia 2 jam cepat kat sana jadi kalau sana kul 4pm cni baru 2pm...
sampai kat sydnet depa load barang termasuk la kuda yang nak dihantor kat KL. baru la teman tahu harga kuda sekor tu lebih daripada harga seluruh shipmen kami... anak kuda pun harga RM200,000. ada kuda harga mencecah 4 juta pun ada... pehh ini 'game' orang kaya nie...
Pertama kali naik Flight MASKARGO
Seterusnya keesokan hari saya dan Paizal diiringi oleh pegawai keselamatan airport masuk ke dalam kapal terbang Maskargo... kapal tu penuh ngan barang dan ada 12 palet (pelantar crate) yang berisi kambing Feral, penuh gak isi perut kapal tue... Dalam kapal tue ada 4 kerusi je ngan 'katil double deck" tapi berstatus bisness class :) ini ada gambo yang teman sempat amik...
Loading kambing ke dalam 'crate'



Pada petang yang sama kami dimaklumkan bahawa kapal terbang dijangka berlepas pada awal pagi Isnin, jadi kambing2 Feral nie dah kena load dalam crate. Jadi petang tu kambing2 nie dimasukkan ke dalam Road Train iaitu lori yang ada 4 tingkat/bahagian yang boleh memuatkan sebanyak 600 ekor dalam 1 lori. Hmmm... kalau ada kat Mesia lori nie kan leh jimat minyak anto mana2 wat satu trip je...
jadi teman ada gambo crate yang dah disediakan di Airport ( harga crate 1 tu dalam RM1300) tapi sampai mesia depa buang je... ish..ish..ish.. satu lagi kena pakai boot yang ujung dia ada besi dan pakai baju yang ada pembalikan cahaya... itu sayarat kat ctue..
Melbourne....



Ahad jam 5.30 pagi kami sampai di Lapangan terbang Melbourne. Flight dari Perth naik Virginia Blue dalam 5 jam. Kami solat kat airport memang disediakan satu tempat 'prayer room'.. kat ctu jumpa mamat cina kelahiran Australia ngan isteri dia berlitup nampak mata dia ( orang Singapore)... siap panggil aku brother where u from... terkejut gak depa kat cni panggil brother2.. rupanya Paizal bagi tahu memang kalau saudara seislam kat luar negara ni pangil antara satu sama lain brother... oooo....
pas tu kami sewa keta pi bandar Shepparton dalam 120km dari Melbourne. Punya la mahal sewa keter dia...AUD5o dan AUD30 insuran, jadi sewa sehari RM208 pehhh.... sewa motel plak kat shepparton AUD79 sehari hmm...
Then kami pi pusat kuarantin tgk kambing Feral yang dikuarantinkan kat Ladang Kevin... ni ada gambar ckit ngan pandangan bandar Shepparton
Jumaat, 10 April 2009
Ladang Mick


pagi sabtu 4 april Mick jemput kami ke ladang dia kat area Perth dalam 45 minit dari Lapangan Terbang Perth. aku ngan Paizal PJ Livestock pi ladang dia.. oh untuk makluman aku ngan Paizal memang bekerjasa dalam hal kambing akikah nie.. dia import aku tukang distribute... jadi jauhlah standard aku ngan dia... apa pun aku bakal terdiri dari team korporat dia dalam satu dua bulan nie insyaAllah...
kat ctu aku tengok ladang Mick ni luas gak lah tapi aku dimaklumkan bahawa walaupun ladang orang Australia nie saujana mata memandang tapi tak banyak kambing boleh bela pasal takut tak cukup bagi makan pasal teman tengok nak tak nak rumput depa tumbuh. si mick ni selain lepaskan kambing dan biri-biri dia bagi makan soya n selang ngan palet.. ni ada sikit gambar kat sana..
mick siap ajak kami ke umah dia sebelum dia antao kami ke airport pi Melbourne plak...
Khamis, 9 April 2009
ALHAMDULILLAH DI TANAH AIR TERCINTA...
Syukur ke hadrat Allah Ta'ala aku sampai kat Mesia naik mas kargo dari Melbourne , Australia. ada 4 penumpang dan lain hanya juruterbang jer... aku ngan saudara Paizal (pas nie kami ada projek bersama) dan 2 orang Mat salleh yang bawa kuda ke Mesia. Mahal tu harga kuda sekor USD200K padahal shipmen aku ngan Paizal nie baru USD150K untuk 700 ekor kambing. MasyaAllah...
tadi aku dapat coll dari Ainin kat Penang kata dapat tender PERDA bekal 30 ekor pejantan F4/F5, alhamdulillah... ok sat lagi aku download gambar satu-persatu event aku kat sana... yunggu ekkk... :)
tadi aku dapat coll dari Ainin kat Penang kata dapat tender PERDA bekal 30 ekor pejantan F4/F5, alhamdulillah... ok sat lagi aku download gambar satu-persatu event aku kat sana... yunggu ekkk... :)
Ahad, 29 Mac 2009
MESIN CHOPPER : SAHA RACIP



Semalam ada demo mesin racip murah untuk penternak kecil kat Kelantan. Harga RM1,500. Motor buatan China, tu yang boleh murah :). tapi amat praktikal untuk penternak kecil yang tak mampu nak beli mesin chopper yang pada harga pasaran sekitar RM2500 - RM7,ooo. Ada jaminan selama sebulan dan boleh dihantar ke kandang tuan puan seluruh semenanjung Malaysia dengan kos dalam RM200-RM300.
Tukang buat mesin nie Cikgu Baha , bertugas di Politeknik .. Mesin ni siap bole buka n masukkan dalam kancil. Portable :). ni no tipon dia 019-902 1484. Ada gambar mesin nie dan saiz potongan rumput dia takla kecik2 untuk daun tapi batang memang kecik2 la, tapi kambing suka potongan saiz ni. Wa cakap lu gua dah tengok...
TAKLIMAT KEPADA PEKAM


Semalam MTZ Ventures sekali lagi mengorak langkah mencari ruang niaga ngan PEKAM (Persatuan Kambing Kelantan).... insyaAllah ada rezeki kami akan sign MOU tak lama lagi... apa pun niat kami membantu penternak kecil menjana pendapat untuk survive dalam industri penternakan kambing
Rata2 komen diterima mengatakan ramai yang tutup kandang pasal nak sustain kos operasi... semalam kami bagi solution.... harap ada kesinambungan dari situ...
ini teman masukkan serba sedikit gambar semalam...
Khamis, 26 Mac 2009
LAWATAN PERDA PULAU PINANG
Kelmarin ada lawatan dari PERDA Penang kat kandang teman, ada syarikat masuk tender n jadikan teman supplier. Dengo citer 3 syarikat yang terpilih, satu kat sepang n syarikat teman dan satu lagi tak pasti...
tengok lah kalau ada rezeki ada la tue... apa pun insyaAllah as a start... Esok plak teman berangkat ke Kelate ada presentation kat Persatuan Penternak saner... jadi nanti teman update apa yang patut ekk :)
tengok lah kalau ada rezeki ada la tue... apa pun insyaAllah as a start... Esok plak teman berangkat ke Kelate ada presentation kat Persatuan Penternak saner... jadi nanti teman update apa yang patut ekk :)
Isnin, 23 Mac 2009
HARGA BARU FERAL...
Salam para penternak... Harga baru borong Feral RM480.00 seekor dengan minima pengambilan 5 ekor. Berat garento 40kg. Start dari minggu lepas shipmen kambing Feral semua berat minimum 40kg. Jadi para penternak dicadangkan jual pada harga sekitar RM550-RM600. Sekian, makluman buat masa ini...
Ahad, 15 Mac 2009
Khamis, 12 Mac 2009
Tambah lagi 2 Agen....
Tadi Saudara Ahmad Jasmin dari Parit dan Saudara Abd Hamid dari Kampar datang amik kambing akikah secara borong... Alhamdulillah dah ada wakil dari Daerah Kampar dan Perak Tengah... moga pas ini ada wakil dari Manjung, Kerian dan Kuala Kangsar....
Isnin, 9 Mac 2009
Rozai dan Wan...from Batang Padang :)
Semalam Wan ngan ayah dia dan Rozai datang beli kambing Feral. Depa dari Daerah Batang Padang, Perak, si Rozai dari Air Kuning dan Wan dari Tapah. Boler ar depa jadi ejen teman... at least sama bantu membantu jana pendapatan bulanan, sekurang setiap hujung minggu dan cuti sekolah. Dalam sibuk2 jual beli semalam lupa lak teman nak amik gambar depa. Jadi sape2 dari kawasan Daerah Batang Padang bolehlah contact depa Wan 017-2950151 , Rozai 019-2341871.
Selasa, 3 Mac 2009
INDUK SAANEN FULLBLOOD REGISTERED
Salam rakan semua. Ada kawan dari Sepang nak jual kambing induk Saanen Fullblood Registered dari New Zealand. Harga dia buka RM3000 seekor. ada 29 ekor semuanya. Kalau minat bagitau ekkk... Berat sekor purata 40kg.
Ahad, 1 Mac 2009
BOER CROSS JANTAN (KASI)
Rabu nie 4 Mac 2009 tiba boer cross kasi. Berat di antara 35-45 kg. Harga RM480.00 sekor. Col teman kalau nak yea :)
Jumaat, 27 Februari 2009
TAWARAN SEBAGAI AGEN JUALAN KAMBING AKIKAH
Salam saudara saudari. Janalah pendapatan sampingan @ harian @ mingguan @ bulanan dengan jualan kambing akikah. Harga borong seekor RM440.00. Saudara saudari boleh jual dengan harga RM550.00 - RM600.00. Berbeza dengan kambing baka yang perlu tempoh tertentu untuk dapatkan hasil jualan. Cuma simpan stok dalam 5 ekor di kandang untuk setiap bulan. Kajian kami menyatakan rata-rata perternak boleh menjual kambing akikah dalam 5-10 ekor sebulan. Justeru RM500 pendapatan bulanan... sape nak kasi beb.. wat je sign board supaya orang tahu :) Bekalan sentiasa ada, x perlu gusar...
Rabu, 25 Februari 2009
40 EKOR FERAL KE SEMENYIH
.jpg)
.jpg)
Salam semalam dalam 40 ekor Feral di hantar ke Semenyih. Kambing semalam besar2 gak, paling kurang rasanya dalam 35kg. Dalam kul 10.30 malam baru unloading dari lori n masuk kandang. Jadi bagi Penternak Selangor, dapatkan Feral ngan harga sekor RM460 (5 ekor), RM470 (4 ekor) dan RM480(3 ekor). Kat Selangor sure leh jual runcit RM600.00.
Langgan:
Catatan (Atom)












