KENALI BAKA KAMBING

KENALI BAKA KAMBING
KAMBING KATJANG - Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.

BEBIRI TENUSU - CHIOS

BEBIRI TENUSU - CHIOS
Biri-Biri Chios berasal dari Chios, di kepulauan Greek dan diimport ke Cyprus pada 1949. Ia digunakan sebagai gerompok tulen untuk meningkatkan kebakaan biri-biri tempatan. Tidak dinafikan, Chios sangat sesuai untuk sistem pengeluaran intensif kerana sifat-sifat istimewanya yang matang awal, cepat membiak tanpa mengikut musim, serta banyak mengeluarkan susu. Berat badan pejantan lebih kurang 80 kg, induk betina 65 kg, dengan ekor tidak gemuk dan biasanya berbentuk kon.

KAMBING TENUSU - SAANEN

KAMBING TENUSU - SAANEN
SAANEN. Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.

BAKA JAMNAPARI

BAKA JAMNAPARI
JAMNAPARI. Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.

BAKA ANGLO NUBIAN

BAKA ANGLO NUBIAN
ANGLO NUBIAN. Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

KENALI BAKA BEBIRI

KENALI BAKA BEBIRI
BEBIRI DORPER. Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian.

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)
LADANG INFOTERNAK

WAKIL JUALAN KAMBING AKIKAH

PERAK DARUL RIDZUAN

SMS KAMI @ 012-6735106 DAN AKAN KAMI MAKLUMKAN WAKIL JUALAN AKIKAH TERDEKAT UNTUK SAUDARA SAUDARI


PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN

PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
Daftar MOF, Taraf Bumiputera, Tambah Bidang dan Mohon Kad Pintar. Hubungi Adi 012-6735106

Rabu, 18 Oktober 2017

akikah Bab 1

Sudah dikenali ramai bahawa syarikat kami menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan ibadat qurban dan aqiqah selain dari membina modal insan dan ekonomi umat di merata tempat. Atas dasar mengembangkan lagi kesedaran ilmu tentang hukum aqiqah dan qurban maka equrban.com berkongsi ilmu tentang hukum aqiqah yang akan diterangkan dalam beberapa silsilah. Artikel ini adalah bahagian 1 dari silsilah tersebut. Hukum qurban pula akan menyusul kemudian insyaAllah.

Dalam ilmu fiqh (perundangan Islam) aqiqah juga disebut nasikah dan zabihah. Makna aqiqah ialah putus, nasikah pula ialah ibadat dan zabihah pula bermaksud sembelihan. Jika digabung semua makna tersebut ianya bermaksud sembelihan yang dikategorikan sebagai ibadat yang diputuskan urat-urat sembelihan.

Aqiqah ialah suatu ibadat berbentuk penyembelihan binatang tertentu sebagai tanda gembira dan bersyukur kerana kelahiran bayi.

Binatang yang disembelih untuk tujuan tersebut ialah unta, lembu atau kambing tetapi kambing adalah afdal dan lebih bagus.

ibadat aqiqah anak lelaki atau anak perempuan

Bagi anak lelaki disembelih 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari lembu atau unta. Bagi anak perempuan pula seekor kambing atau 1 bahagian dari lembu atau unta. Untuk lembu dan unta dibenarkan untuk berkongsi 7 bahagian.

Hukum aqiqah dalam mazhab Asy-Syafi’e adalah sunnat muakkadah iaitu sunat yang hampir kepada wajib. Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafqah kepada anak yang diaqiqahkan seperti bapa.

Dalil pensyari’atan aqiqah ialah perbuatan Nabi SAW dan juga para sahabat beliau. Antara dalil tersebut ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya:

عن سليمان بن عامر الضَّبِّيرضي الله عنهقال: سمعت رسول اللهصلى الله عليه وسلم -، يقول: ” مع الغلام عقيقته، فأهريقوا عنه دماً، وأميطوا عنه الأذى

Yang bermaksud: “bersama anak yang dilahirkan ada aqiqahnya yang perlu dilaksanakan maka sembelihlah bagi pihaknya dan buanglah kotoran rambut dengan mencukur rambut anak itu”.

Waktu untuk menaqiqahkan anak ialah bermula dari sempurnanya kelahiran anak hingga baligh anak tersebut. Jika aqiqah dilakukan sebelum sempurna kelahiran maka ia dianggap sembelihan biasa yang boleh dimakan tetapi bukan aqiqah.

Penyembelihan binatang untuk aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh dari tarikh kelahiran bayi. Tetapi jika tidak dapat dilaksanakan pada hari ketujuh maka boleh juga pada hari yang ke 17 atau 21. Tetapi jika masih tidak dapat laksanakan maka boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dengan kemampuan ibubapa bayi.

Jika telah baligh anak tersebut sedangkan aqiqah untuknya belum disempurnakan maka tuntutan ke atas ayahnya sudah tidak berjalan lagi,  di waktu itu bolehlah si anak melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri atau boleh juga si ayahnya melaksanakan sebagai melangsaikan apa yang belum dia selesaikan sebelum ini.

Namun begitu, hari yang paling afdhal untuk menjalankan aqiqah ialah pada hari ketujuh kelahiran anak. Contohnya, jika lahir pada 1 haribulan maka aqiqahnya pada 7 haribulan.

Dalil aqiqah pada hari ketujuh ialah hadis yang diriwayatkan ole imam Abu Daud dalam Sunan beliau:

عن سمرةرضي الله عنه -، قال: قال رسول اللهصلى الله عليه وسلم -: ” الغلام مرتهن بعقيقته، يذبح عنه يوم السابع، ويسمى ويحلق رأسه.

Maksudnya: “anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya (bakti anak kepada ibubapaya bergantung kepada aqiqah), maka disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dan pada hari itu juga diberi nama dan dicukur kepalanya”.


Setakat ini dahulu penerangan tentang hukum aqiqah bahagian 1.

Jika nak tempah kambing akikah klik link ni www.wasap.my/601115060817


Tiada ulasan: