Isnin, 23 Mac 2009
HARGA BARU FERAL...
Salam para penternak... Harga baru borong Feral RM480.00 seekor dengan minima pengambilan 5 ekor. Berat garento 40kg. Start dari minggu lepas shipmen kambing Feral semua berat minimum 40kg. Jadi para penternak dicadangkan jual pada harga sekitar RM550-RM600. Sekian, makluman buat masa ini...
Ahad, 15 Mac 2009
Khamis, 12 Mac 2009
Tambah lagi 2 Agen....
Tadi Saudara Ahmad Jasmin dari Parit dan Saudara Abd Hamid dari Kampar datang amik kambing akikah secara borong... Alhamdulillah dah ada wakil dari Daerah Kampar dan Perak Tengah... moga pas ini ada wakil dari Manjung, Kerian dan Kuala Kangsar....
Isnin, 9 Mac 2009
Rozai dan Wan...from Batang Padang :)
Semalam Wan ngan ayah dia dan Rozai datang beli kambing Feral. Depa dari Daerah Batang Padang, Perak, si Rozai dari Air Kuning dan Wan dari Tapah. Boler ar depa jadi ejen teman... at least sama bantu membantu jana pendapatan bulanan, sekurang setiap hujung minggu dan cuti sekolah. Dalam sibuk2 jual beli semalam lupa lak teman nak amik gambar depa. Jadi sape2 dari kawasan Daerah Batang Padang bolehlah contact depa Wan 017-2950151 , Rozai 019-2341871.
Selasa, 3 Mac 2009
INDUK SAANEN FULLBLOOD REGISTERED
Salam rakan semua. Ada kawan dari Sepang nak jual kambing induk Saanen Fullblood Registered dari New Zealand. Harga dia buka RM3000 seekor. ada 29 ekor semuanya. Kalau minat bagitau ekkk... Berat sekor purata 40kg.
Ahad, 1 Mac 2009
BOER CROSS JANTAN (KASI)
Rabu nie 4 Mac 2009 tiba boer cross kasi. Berat di antara 35-45 kg. Harga RM480.00 sekor. Col teman kalau nak yea :)
Jumaat, 27 Februari 2009
TAWARAN SEBAGAI AGEN JUALAN KAMBING AKIKAH
Salam saudara saudari. Janalah pendapatan sampingan @ harian @ mingguan @ bulanan dengan jualan kambing akikah. Harga borong seekor RM440.00. Saudara saudari boleh jual dengan harga RM550.00 - RM600.00. Berbeza dengan kambing baka yang perlu tempoh tertentu untuk dapatkan hasil jualan. Cuma simpan stok dalam 5 ekor di kandang untuk setiap bulan. Kajian kami menyatakan rata-rata perternak boleh menjual kambing akikah dalam 5-10 ekor sebulan. Justeru RM500 pendapatan bulanan... sape nak kasi beb.. wat je sign board supaya orang tahu :) Bekalan sentiasa ada, x perlu gusar...
Rabu, 25 Februari 2009
40 EKOR FERAL KE SEMENYIH

.jpg)
.jpg)
.jpg)
Salam semalam dalam 40 ekor Feral di hantar ke Semenyih. Kambing semalam besar2 gak, paling kurang rasanya dalam 35kg. Dalam kul 10.30 malam baru unloading dari lori n masuk kandang. Jadi bagi Penternak Selangor, dapatkan Feral ngan harga sekor RM460 (5 ekor), RM470 (4 ekor) dan RM480(3 ekor). Kat Selangor sure leh jual runcit RM600.00.
Ahad, 22 Februari 2009
10 EKOR FERAL KE IPOH/CHEMOR

Salam saudara/saudari. Semalam Fakhrul datang amik 10 ekor Feral. Teman jual harga borong dengan sekor jatuh RM440.00. Member siap tunjuk-tunjuk n pilih Feral kat kandang. Untuk makluman sumer Feral ni boleh dijual runcit pada harga RM550.00 dan kalau siap lapah RM580.00. Ada la da RM100 ++ margin profit untuk sekor.. itu la pasaran sekarang..
Khamis, 19 Februari 2009
KAMBING JANTAN BOER & JAMANAPARI 5-6 BULAN
Salam. Ada kawan kat Negeri Sembilan, Batu Kikir minta tolong dapatkan buyer untuk 5 ekor boer dan 5 ekor jamnapari jantan. Umur dalam 5-6 bulan. Apa pun coll dia yea.. 016-6590800. Thank ka yu ... :)
HARGA BORONG FERAL RM440.00
Salam. Saudara saudari sekalian. Harga baru Feral Australia diturunkan ke RM440.00 seekor. Minima kena beli 5 ekor. Gunakan kesempatan ini untuk menjana pendapatan bulanan., berbanding jualan baka yang dalam masa tertentu sahaja :). Dengan jualan 5 ekor sebulan boleh dapat RM500.00 bersih, cukup untuk cover palet untuk kambing baka sedia ada, kalau dalam 50 ekor baka la :)
Selasa, 17 Februari 2009
SHIPMEN DELAY :)
Tadi baru dapat sms katakan shipmen feral delay ke Rabu depan 25 Februari 2009. Brisbane masih lagi banjir. Lori tak dapt keluar dari ladang. Jadi kekawang tunggu yea...
Sabtu, 14 Februari 2009
USAHASAMA MTZ VENTURES-SAHA NEKMAT AGRO
Salam saudar/saudari bloggers. Baru-baru ini MTZ Ventures ada wat MOU ngan sebuah ladang ternakan kat Semenyih, Selangor. Saha Nekmat Agro nama farm nie. Jadi sape yang duk kat Selangor yang nak beli Feral Akikah dengan harga borong boleh lah beli kat ctu dengan harga RM460.00 seekor( 5 ekor ke atas), RM470 (minima 4 ekor) dan RM480 (minima 3 ekor). Col teman yea kalau nak datang 019-2236364.
Rabu, 11 Februari 2009
100 Ekor Feral Akikah Ke Teluk Intan :)
Salam semua. Malam tadi dalam kul 11 sampai shipmen kambing Feral dalam 480 ekor. 100 ekor Feral bawa masuk dalam kandang teman. Sampai kat Kandang kul 5 pagi. Masa tu abg teman pun tengah syok tido, jadi kul 7 pagi la baru loading ke kandang. Drebar lori tu 'rehatlah' dalam 2 jam gak. Ini ada teman selitkan event pada malam/pagi tadi.
Isnin, 9 Februari 2009
TAWARAN FRANCISE FERAL AKIKAH UNTUK PENTERNAK KECIL/BUMIPUTERA
Tawaran Francise kepada Penternak Kambing. Setiap penternak diperuntukkan 10 ekor kambing Feral dengan syarat berikut :
i. Perlu dirikan signboard di lokasi kandang/strategik dengan ukuran minima 4' x 4'. Perlu tulis Akikah dan korban.. Sila hubungi (No Tel...)
ii. Deposit setiap pengambilan kambing 50%
iii. Perlu langsaikan baki 50% dalam tempoh tidak lebih 30 hari.
Sila hubungi Adi - 019-2236364 @ emel mahadir@mtz.com.my. Perjanjian disediakan diantara kedua pihak.

Ahad, 1 Februari 2009
KATJANG INDUK 30 EKOR RM9000
Salam. Nak habaq yang kawan teman ada sejumlah 30 ekor kambing katjang untuk dijual borong. Harga RM9000.00. Berminat col@sms teman yea... 019-2236364
Isnin, 26 Januari 2009
Ahad, 25 Januari 2009
Kenapa Aku Beralih Dari Baka Kambing kepada Jualan Kambing Akikah/Pedaging
Salam semua... hari ini aku terasa nak luahkan rasa hati aku kat blog nie.. selama ini aku cuma tunjukkan hasil jualan dan kegiatan aku selama ini dalam dunia penternakan kambing ini. Aku dah berkecimpung dalam dunia kambing nie sejak 2004... sebelum tu just suka-suka jer.. Aku mula serius wat kambing nie denga berbekalkan 3 ekor kambing, sekor jantan 2 betina. Yang jantan namanya Kenny... ada lagi sampai sekarang.. bila kita dah start bagi nama kat kambing kita takkan sampai hati nak jual atau sembelih.. kecuali lah dah darurat :)
Apa pun aku bermula dengan kambing baka amik dari Perfect Farm, kambing boer cross. Jantan Full Blood aku panggil 'Boer' pun masih ada lagi kat kandang baru nie.
Hmmm... tak citer lagi... aku wat kandang kat belakang umah.. sampai 2 kandang. 1 untuk jamnapari dan kambing kacukan kampung, 1 kandang lagi untuk kambing Boer. Namun bila aku dah pindah kat kandang baru nie yang boleh muat 350 ekor kambing dalam satu-satu masa, keadaan dah tak sama.. makanan kambing dah jadi mahal, kambing baka dah RM500 ke atas orang dah tak nak beli kecuali yang benar2 mampu.. semua ini wat jualan kambing aku 'lembap'... Dari ctu aku mula wat jualan kambing akikah.. aku wat sign board berukuran 4 kaki... ok tapi tak selaju bila sign board aku berukuran 10 kaki yang aku letak kat tepi jalan masuk ke kandang aku.. Alhamdulillah sehingga ke hari ini bila cuti je ada oarang yang minta kambing akikah... sehingga sebelum ini jualan kambing baka aku tak pernak lebih dari 20 ekor sebulan tapi dengan jualan kambing akikah nie dah pernah lebih dari 100 dapat aku jual sebulan. Alhamdulillah..
Jadi bagi sesiapa yang baca blog nie.. kalau dah tak berapa jalan kambing baka atau slow dan lambat dapat hasil, jangan putus asa, cuba tukar strategi atau diversified ckit n tumpukan lebih untuk marketkan kambing akikah ini, insyaAllah ada pendapatan kalau tak hari setiap hujung minggu... apa pun ini pengalaman saya.. orang lain, lain pulak pengalaman dia...

Sabtu, 24 Januari 2009
FERAL 30 EKOR KE ULU LANGAT
.jpg)
.jpg)
.jpg)

Salam kekawan bloggers... pagi tadi anto kambing Feral. Rakan teman siap pilih kambing Feral kat Ausie untuk makesure yang shipmen selepas2 ini tak kurang berat Feral dalam 35kg. Bila sampai tadi ada Feral yang beratnya cecah 60kg. Alhamdulillah.. untung ko Zaini.. Hopefully pas ni kita ada kesinambungan dalam urusniaga ini...
Isnin, 19 Januari 2009
Ahad, 11 Januari 2009
PENGHANTARAN FERAL 40 EKOR KE TANAH MERAH, KELANTAN
Assalamu'alaikum :) Maaf lama tak update blog ni. Semalam dalam 280 ekor Feral sampai kat Maskargo. Sebanyak 40 ekor di hantar ke Tanah Merah, Encik Hassan yang pesan. Hopefully pas ni ada lagi bisness ngan dia :). Apa pun ini sedikit gambat pada event semalam. Oh yea.. tak terlambat kot... SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH DAN MASEHI :)
Isnin, 22 Disember 2008
Sabtu, 20 Disember 2008
MAKANAN LENGKAP KAMBING RM36 = 40 KILO

Assalamu'alaikum :) Kat cni nak bagi tahu yang teman ada jual Makanan Lengkap Kambing (MLK). Makanan ternakan ini dengan formulasi Saintifik dan berteknologi dan hasil nutrien lengkap dan bermutu serta diperkaya dengan protein, tenaga, vitamin, asid amino, probiotik dan bahan galian mineral yang optimum dengan keperluan sebenar ternakan ruminan untuk penghasilan Mas Merah (Daging) dan Mas Putih (Susu).
Makanan ini yang dirumuskan untuk kambing boleh menambah tumbesaran dan berat badan sehingga 150 gram sehari. Ini bermakna kita boleh hasilkan kambing denganberat 30kg untuk tempoh 6 bulan berbanding kaedah tradisional yang perlukan 18 bulan untuk cecah 30kg.
Jadi apa tunggu lagi beli pek percubaan dan tengok berselera tak pak kambing makan :)
Cuma perlu diingatkan kalau dah biasa bagi PKC, campur2kan dulu jangan terus bagi je kang terkejut biawak lak kambing tu bole jadi stress..alih2 pas tu kita pulak yang stress :)
Coll atau sms atau emel teman yea :)

Ahad, 7 Disember 2008
ANAK KAMBING BOER DAN JAMNAPARI...
Sabtu, 6 Disember 2008
ADA PELANGGAN AKIKAH HARI NIE...
Hari je kena layan 3 orang yang nak datang pilih kambing. Alhamdulillah :). Sat tadi brother dari Ipoh minta amikkan permit pasal dia nak bawa kambing hidup ke Ipoh. No prob pasal tu bro.. Biasalah time cuti n nak raya nie.. Apapun Selamat Hari Raya Aidil Adha :)
Jumaat, 5 Disember 2008
JUALAN BORONG INDUK BOER CROSS F1 RM700
Khamis, 4 Disember 2008
PANGGILAN DARI RAKAN LAMA...
Semalam tetiba ada member lama col. Dulu amik garam bukit dari dia. Tapi pas dah naik harga pasal bawah halalgel dah tak deal lagi... teman x ingatkan dia pasal no tipon lain. Dia nak Feral dalam 12 ekor, tapi nak pakai kat Selangor. Jadi teman pun dah refer la dia kat cawangan selangor punya kandang. Harga tetap sama, lebih 5 ekor je RM460.00. Tu pasal dia beriya nak sangat :). ok sambung nanti...
Isnin, 1 Disember 2008
HARGA BORONG KAMBING DAGING
Sabtu, 29 November 2008
ALHAMDULILLAH...
Kelmarin ada penternak dari Bagan Datoh datang beli 5 ekor kambing. Tadi ada juga penternak datang dari Ipoh, dia bawa sepupu dia tengok ladang teman. Depa survey harga kambing. Last-last dia beli gak sekor wat akikah masa raya haji nie. Harga yang teman tawarkan memang kompetitif... dah banyak dah teman survey sebelum dapat set harga ini KHAS UNTUK PENTERNAK BUMIPUTERA...
Khamis, 27 November 2008
TAWARAN HEBAT. FERAL AKIKAH HANYA RM460 SAHAJA
TAWARAN HEBAT!!! Kambing Akikah Feral dari Australia. Hanya RM460.00 sahaja seekor. Minimum ORDER 5 ekor. HARGA BORONG!!! Berat 30-40 kg. Umur cukup 2 tahun. GARENTI!! Hubungi Mahadir 019-2236364.
Ahad, 23 November 2008
TAWARAN DAGING KAMBING SEGAR
Saudara Saudari, syarikat saya menawarkan daging segar kambing yang disembelih di Australia dan sampai di Malaysia keesokan harinya dengan harga RM22 sekilo. Berminat? Sila emel maklumat tuan di mahadir@mtz.com.my.
Butiran diperlukan :
1. Nama Individu/Syarikat
2. No telefon & HP
3. Alamat penghantaran
4. Kuantiti yang diperlukan (kg)
Terima kasih kerana melayari blog ini :)
Butiran diperlukan :
1. Nama Individu/Syarikat
2. No telefon & HP
3. Alamat penghantaran
4. Kuantiti yang diperlukan (kg)
Terima kasih kerana melayari blog ini :)
Sabtu, 15 November 2008
PELUANG PELABURAN
Rakan-rakan yang mengikuti blog ini ditawarkan peluang pelaburan bagi mereka yang berminat untuk menternak tetapi tiada daya menjaga buat masa ini n tiada kandang. Saya tawarkan beberapa peluang pelaburan untuk berkecimpung dalam dunia kambing :)
Peluang Ternakan kambing jamnapari/anglo nubian/saanen. Beli masa umur 3-4 bulan dengan harga RM500.00 dan jual setahun dari sekarang pada saya ngan harga RM600.00. Pulangan 20%. Kos makan, minum, ubat dan pekerja, saya tanggung dalam tempoh tersebut.
PERJANJIAN SAH DISEDIAKAN DIANTARA PELABUR DAN PENTERNAK. Sila emel pertanyaan anda ke mahadir@mtz.com.my atau mtzventures@gmail.com.

Khamis, 13 November 2008
KAMBING FERAL AKIKAH TIBA LAGI

Sabtu, 1 November 2008
ASSALAMU'ALAIKUM :)

Apa khabar semua yang melayari blog ini. Teman create satu lagi blog bagi bloggers kambing untuk kenal mengenal antara satu sama lain. Cam biasa lah nak tunggu web site baru berjanggut ngan mamat sufian nie. Member baru kahwin.. lambat sikit warm up wat koje lain :)
Baru-baru nie teman antar kambing ke Langkawi, ada rakan baru Azri Desa namanya, adik Aziz Desa yang selalu kuar TV3 ntue :). Dia pun wat gak kambing. Kami jadi kawan baik pas ari tue teman ke Langkawi bercuti n tak sangka lak jadi serius usaha dia ternak kambing. Sape-sape kat Langkawi leh ar col dia kat 012-4591885.
Langgan:
Catatan (Atom)