Pakej Ternak Boer Betina 20 Ekor

Pakej Ternak Boer Betina 20 Ekor
RM14000

Tempahan Akikah & BBQ

Tempahan Akikah & BBQ
Hubungi @ whatsapp 0111-5060817

Program Ternak Kambing Tenusu

Program Ternak Kambing Tenusu
Pulangan 20-50% daripada pelaburan. Berminat sila hubungi Adi @ 012-6735106

Kambing Susu Meelan

Kambing Susu Meelan
Kacukan British Alpain & Saanen (Brown Saanen)

TEMPAHAN BAKA KAMBING SAANEN FULLBLOOD AUSTRALIA Minimum Order 30 ekor

TEMPAHAN BAKA KAMBING SAANEN FULLBLOOD AUSTRALIA Minimum Order 30 ekor
PEJANTAN SAANEN RM4500 & BETINA SAANEN RM4500

TEMPAHAN BAKA DORPER AUSTRALIA

TEMPAHAN BAKA DORPER AUSTRALIA
Dorper Purebreed Jantan RM3500, Dorper Betina Black Head RM1900 & Dorper White Head RM1600

JUALAN BAKA BOER BETINA KEPALA @ BADAN TOMPOKAN COKLAT

JUALAN BAKA BOER BETINA KEPALA @ BADAN TOMPOKAN COKLAT
HARGA BORONG RM750 - RM850 SEKOR

TERKINI : JUALAN BAKA PEJANTAN JAMNAPARI MUDA

TERKINI : JUALAN BAKA PEJANTAN JAMNAPARI MUDA
REGE BORONG RM600 - RM850 SEKOR

HUBUNGI KAMI

Ladang :
MTZ Farm, Tebuk Mualaf, Kampung Selabak Dalam, 36000 Teluk Intan, Perak.
Tel : 0111-5060817

Pejabat :
MTZ Ventures, Lot 7977, Jalan Kampung Selabak, Kampung Selabak Dalam, 36000 Teluk Intan, Perak.

whatsapp : 012-6735106
e-mail : Mahadir

JAWATAN KOSONG (PEKERJA LADANG)

JAWATAN : Pekerja Ladang (Ternakan/Pertanian)



GAJI : RM900

TEMPAT TINGGAL : Disediakan

LOKASI LADANG : Teluk Intan, Perak

Terbuka pada warga tempatan dan asing.

Hubungi 0111 - 5060 817



PAKEJ DOA MUSTAJAB....

PAKEJ DOA MUSTAJAB....
PAKEJ PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM JARAK JAUH ONLINE YANG TERBAIK!!!

Follow by Email

BLOG MALAYSIA

BlogMalaysia.com

HENDAK CEBURI BIDANG TERNAKAN? TIADA KAWASAN? TIADA KANDANG? ADA MODAL...

HENDAK CEBURI BIDANG TERNAKAN? TIADA KAWASAN? TIADA KANDANG? ADA MODAL...
Saudara/saudari kami tawarkan khidmat menjaga kambing anda. Jadi anda beli kambing dan kami jaga. Cuma bayar RM1.50 sehari untuk seekor. Penjagaan termasuk makan, minum dan ubat-ubatan.Hubungi 012-6735106 atau emel ke mahadir198@gmail.com untuk keterangan lanjut.

PETA LOKASI

PETA LOKASI
MTZ FARM

TAG TELINGA KAMBING

TAG TELINGA KAMBING
RM150

PEMERAH SUSU KAMBING

PEMERAH SUSU KAMBING
HARGA RM750 SIAP HANTAR

LAMB FEEDER

LAMB FEEDER
RM150

NIPPLE DRINKER

NIPPLE DRINKER
RM250 @ 10 unit

SLATTED FLOOR

SLATTED FLOOR
RM40/piece ( saiz 600x500mm)

STAINLESS STEEL LAMB ROASTER

STAINLESS STEEL LAMB ROASTER
HARGA RM3333. TEMPAHAN SIAP DALAM MASA 2-3 MINGGU. UKURAN 1200 X 750 X 750 mm.

Rakan Niaga Diperlukan

Rakan Niaga Diperlukan
PULANGAN 16% SETAHUN. Hubungi Adi 012-6735106 @ mahadir198@gmail.com

KENALI BAKA KAMBING

KENALI BAKA KAMBING
KAMBING KATJANG - Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.

BEBIRI TENUSU - CHIOS

BEBIRI TENUSU - CHIOS
Biri-Biri Chios berasal dari Chios, di kepulauan Greek dan diimport ke Cyprus pada 1949. Ia digunakan sebagai gerompok tulen untuk meningkatkan kebakaan biri-biri tempatan. Tidak dinafikan, Chios sangat sesuai untuk sistem pengeluaran intensif kerana sifat-sifat istimewanya yang matang awal, cepat membiak tanpa mengikut musim, serta banyak mengeluarkan susu. Berat badan pejantan lebih kurang 80 kg, induk betina 65 kg, dengan ekor tidak gemuk dan biasanya berbentuk kon.

KAMBING TENUSU - SAANEN

KAMBING TENUSU - SAANEN
SAANEN. Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.

BAKA JAMNAPARI

BAKA JAMNAPARI
JAMNAPARI. Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.

BAKA ANGLO NUBIAN

BAKA ANGLO NUBIAN
ANGLO NUBIAN. Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

KENALI BAKA BEBIRI

KENALI BAKA BEBIRI
BEBIRI DORPER. Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian.

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)

KURSUS PENGURUSAN TERNAKAN KAMBING (TAHAP 1 & 2)
LADANG INFOTERNAK

WAKIL JUALAN KAMBING AKIKAH

PERAK DARUL RIDZUAN

SMS KAMI @ 012-6735106 DAN AKAN KAMI MAKLUMKAN WAKIL JUALAN AKIKAH TERDEKAT UNTUK SAUDARA SAUDARI


PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN

PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
Daftar MOF, Taraf Bumiputera, Tambah Bidang dan Mohon Kad Pintar. Hubungi Adi 012-6735106

Jumaat, 4 Ogos 2017

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kedah 2017

*HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN NEGERI KEDAH 2017.*

Jom. Siapa ada di Kulim atau berhampiran, pakat-pakat mai. Nak tengok lembu sado, rusa, ayam eksotik & kuda, silalah ke *Laman Veterinar* di sebelah JKR Kulim. 

Di kiosk koperasi kita ada char kuey teow kambing, susu kefir, dadih susu kambing, roti bakar sup kambing dll.

Juga jualan dedak & haylage TMR, baja slow release, set pisau & ubatan daripada OneLazuli Sendirian Berhad di booth koperadu.

Dibuka juga pendaftaran ahli koperasi, kursus asas ruminan & bahagian korban.


Jangan lupa selfie di photobooth koperasi.#hppnkedah2017 #usahawanruminan


Khamis, 4 Mei 2017

Tips Kambing : Sakit Kembung Perut

Untuk merawat kembong
1.beri minum Eno halia
@
2.Air Halia
@
3.minyak masak 1/2 gelas
@
4.air berkarbonat

👆🏻pilih salah 1
Lihat kesan selepas 30min-1jam


Jika kambing kencing@berak selepas itu ok



Rabu, 3 Mei 2017

Sakit Batu Karang

Batu Karang

Salah satu risiko kambing jantan fidlot adalah sakit batu karang. Samada ianya karang buah pinggang, pundi kencing atau pada salur kencing, potensi itu tetap boleh berlaku. Lebih-lebih lagi jika diet utama kambing adalah pallet 100%. Untuk mengelakkannya, berikan kambing diet yang seimbang dan banyakkan beri makan forage.

Karang terjadi bila ph air kencing meningkat, ataupun dengan faktor chemical dalam badan kambing, mengakibatkan kandungan mineral terikat membentuk kristal dan jika dibiarkan akan menjadi batu pejal.

Kambing yang disembelih ketika sedang menderita sakit karang pada peringkat teruk, berkemugkinan mempunyai daging yang berbau air kencing. Lebih-lebih lagi jika daging tersebut disimpan sejuk beku.


Tanda-tanda batu karang 

a. Kambing tidak makan, asyik berdiri yang berterusan 
b. Kambing kelihatan mengerang dan pernafasan lebih cepat dari biasa 
c. Kencing hanya secara menitis. Atau tidak kencing langsung seharian 
d. Pundi kencing dapat dikesan telah membesar dan keras 
e. Apabila sudah teruk, kambing menjadilemah dan sukar untuk bangun 

Langkah Pencegahan 

a. Pastikan ratio antara kalsium dan phosporos di dalam diet adalah 2 : 1 
b. Pastikan air minum kambing sentiasa bersih
c. Jangan bagi makan terlalu banyak pallet atau bijirin 
d. Tambah 3 – 4 % kandungan garam ke dalam bekalan air minum 
e. Masukkan 0.5 – 1.5 % ammonium chloride ke dalam ramuan makanan. Ini bertujuan untuk menjadikan air kencing berasid dan melarutkan karang. 
f. Makanan mesti mengandungi vitamin A secukupnya 

Rawatan 

• Secara pembedahan 
• Memberi secara oral ammonium chloride ( 0.2 – 0.3 gram/berat badan ) sekurang-kurangnya selama satu minggu 

• Penggunaan herba Plantago major Linn yang direbus keseluruhan bahagiannya dan diberi kepada kambing sebagai minuman. 


Ahad, 16 April 2017

Tempahan Dorper Betina dati Australia

Harga borong RM1380( ** harga ikut pertukaran matawang semasa). Breeding Protocol. Ambil di KLIA. Berminat whatsapp 012-6735106


Rabu, 5 April 2017

Lawatan Maktab Koperasi Malaysia 2017

Pihak Ladang menerima lawatan dari Maktab Koperasi Malaysia.













Tips Ternakan - Gula Merah atau Molases

Tips Ternakan

GULA MERAH atau  MOLASES (air Nissan utk ternakan) merupakan produk hasil sampingan daripada proses membuat gula tebu yang memang sering digunakan dalam penyediaan makanan, serta sektor pertanian lain seperti penternakan dan banyak lagi. 


Gula Merah atau Molases yang dihasilkan daripada tebu mengandungi antara 25 0 40% kandunga gula sukrosa dan kandungan protin hanya 3% tetapi mempunyai kandungan bakteria sekitar 8 - 10%. 

Lazimnya kandungan air pula sekitar 25% sahaja. Ia merupakan sumber bahan mineral yang baik seperti kandungan Ca, K, Cl dan Garam Sulfat tetapi kandungan vitamin yang rendah sahaja. Tahap kemanisan molases ini berbeza-beza mengikut sumber bahan tetapi untuk molases dari tebu adalah sekitar 15% Brix (Unit digunakan untuk mengukur tahap kemanisan). Bagi molases daripada bahan lain seperti jagung dsb julat perbezaan adalah sekitar 1.5 - 1.9% sahaja. 

Molases ini merupakan sumber terbaik didalam penyediaan makanan ternakan dimana ia memberikan rasa manis kepada Silaj (silage) yang disediakan dan haiwan ternakan terutamanya jenis ruminan amat menyukainya. 

Ia diberikan kepada ternakan seperti lembu, kambing , arnab, ayam dan sebagainya. 

Ia juga digunakan sebagai makanan haiwan dalam bentuk pelet sekitar 15% kandungan dalam formulasi tersebut. 

Kilang memproses makanan haiwan memang menjadikan molases sebagai salah satu bahan penting dalam penyediaan makanan haiwan.



Isnin, 2 Januari 2017

Tips Tentukan Umur Kambing

As salam Warga Penternak dan Pencinta Kambing :)

Hari ini kita share camana nak tahu umur kambing. Lihat gambo kat bawah ni